02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

kerana perbelanjaan untuk bekalan/perkhidmatan/tuntutan telah dibuat pada bulan

November dan sebelumnya.

4.6.2 Kumpulan Wang Amanah Awam

Kumpulan Wang Amanah Awam ditubuhkan di bawah Seksyen 9, Akta Acara

Kewangan 1957. Kumpulan Wang Amanah Awam terdiri daripada Akaun Amanah

Kumpulan Wang Khas dan Akaun Wang Amanah Pelbagai. Semakan Audit terhadap

Kumpulan Wang Amanah Awam mendapati perkara berikut:

a) Kumpulan Wang Khas

Kumpulan Wang Khas adalah terdiri daripada akaun yang tidak aktif dan dilaburkan

sebagai simpanan tetap. Pada tahun 2007, akaun ini berbaki RM50.01 juta.

Sejumlah RM50 juta daripadanya merupakan peruntukan bagi Tabung Amanah

Warisan Negeri Sabah yang diwujudkan dalam tahun 1996. Setakat akhir tahun

2007, Tabung tersebut masih belum beroperasi. Ini adalah disebabkan ahli

Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab untuk membuat pelaburan dana

tersebut belum dilantik sejak tahun 1999 sebagaimana yang dikehendaki oleh

Arahan Amanah berkenaan.

b) Akaun Amanah Pelbagai

Akaun Amanah Pelbagai ditubuhkan untuk mengakaunkan caruman wang daripada

badan-badan atau orang perseorangan yang diamanahkan kepada Kerajaan di

samping daripada peruntukan yang ditetapkan. Setiap Akaun Amanah dikawal oleh

satu Arahan Amanah. Semakan Audit mendapati pada tahun 2007, Akaun Amanah

Pelbagai adalah terdiri daripada 58 butiran. Baki keseluruhan akaun ini telah

meningkat sejumlah RM65.82 juta atau 113.6% menjadi RM123.78 juta pada tahun

2007 berbanding RM57.96 juta pada tahun 2006. Penyumbang utama peningkatan

ini disebabkan oleh penubuhan 5 Akaun Amanah Pelbagai baru pada tahun 2007

yang terdiri daripada Akaun Amanah Khas Pembasmian Kemiskinan, Bantuan

Untuk Meningkatkan Taraf Kualiti Hidup Dan Membasmi Kemiskinan Di Kalangan

Rakyat Sabah, Akaun Amanah Bantuan Pelajar Miskin, Pusat Kemahiran Dan

Teknologi Sabah serta Tabung Amanah Pelancongan Dan Ekopelancongan

Hidupan Liar berjumlah RM65.26 juta. Selain itu, Akaun Amanah Pelbagai yang

mempunyai baki terbesar pada tahun 2007 adalah seperti berikut:

i) Projek Perhutanan Masyarakat

Akaun amanah ini telah diwujudkan melalui Arahan Amanah pada tahun 1988

bertujuan untuk mengakaun terimaan wang dan perbelanjaan dari syarikat

pembalakan untuk pembangunan kawasan masyarakat setempat yang terlibat

dalam kawasan konsesi pembalakan. Pada tahun 2007, akaun ini telah

mencatat terimaan dan perbelanjaan masing-masing sejumlah RM4.15 juta

dan RM930,095. Pada tahun 2007, Akaun Amanah ini mempunyai baki

21

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!