02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

4.5 AKAUN PINJAMAN DISATUKAN

Akaun Pinjaman Disatukan adalah satu akaun yang digunakan untuk mengakaun

penerimaan pinjaman dan pindahan terimaan pinjaman ke Akaun Kumpulan Wang

Pembangunan. Pada tahun 2007, pinjaman sejumlah RM425.82 juta telah diterima

daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek Bekalan Air dan pelbagai.

Pinjaman yang diperolehi telah diambil kira dalam akaun ini sebelum dipindahkan

kesemuanya kepada Kumpulan Wang Pembangunan. Pada akhir tahun 2007, Akaun ini

tidak mempunyai baki seperti pada tahun 2006 dan tahun sebelumnya.

4.6 AKAUN AMANAH DISATUKAN

Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan

Wang Amanah Awam dan Wang Deposit. Pada akhir tahun 2007, Akaun Amanah

Disatukan berbaki debit berjumlah RM206.82 juta berbanding baki kredit berjumlah

RM155.25 juta pada tahun 2006 iaitu penurunan sejumlah RM362.07 juta atau 233.2%.

4.6.1 Kumpulan Wang Amanah Kerajaan

Kumpulan Wang Amanah Kerajaan ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Acara

Kewangan 1957 untuk maksud tertentu. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan terdiri

daripada 3 komponen utama iaitu Kumpulan Wang Pembangunan, Pelbagai Kumpulan

Wang Amanah Kerajaan dan Akaun Kena Bayar. Semakan Audit terhadap Kumpulan

Wang Amanah Kerajaan mendapati perkara berikut:

a) Kumpulan Wang Pembangunan

Kumpulanwang Pembangunan ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang

Pembangunan (Akta 70 Tahun 1966). Punca kewangan Kumpulan Wang ini terdiri

daripada caruman Akaun Hasil Disatukan, terimaan imbuhan balik dan pemberian

daripada Kerajaan Persekutuan serta terimaan daripada Akaun Pinjaman. Akaun

Pinjaman merupakan dana pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan yang akan

disalurkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan untuk membiayai projek

pembangunan Negeri serta dipinjam semula kepada Agensi Negeri.

Pada tahun 2007, Kumpulan Wang ini telah menerima pindahan sejumlah

RM425.82 juta daripada Akaun Pinjaman Disatukan, RM400 juta daripada Akaun

Hasil Disatukan, RM86.69 juta daripada imbuhan balik dan RM41.11 juta daripada

pemberian Kerajaan Persekutuan. Kumpulan Wang Pembangunan telah mencatat

defisit sejumlah RM442.46 juta pada tahun 2007 berbanding defisit sejumlah

RM71.32 juta pada tahun 2006. Dengan kekurangan ini baki defisit terkumpul

meningkat menjadi RM1.31 bilion berbanding RM871.01 juta pada tahun 2006.

Perbelanjaan pembangunan pada tahun 2007 adalah amat menggalakkan di mana

sejumlah RM1.39 bilion atau 82.2% daripada peruntukan sejumlah RM1.69 bilion

telah dibelanjakan. Perbelanjaan pembangunan pada tahun 2007 meningkat

16

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!