02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BAHAGIAN II

ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI

4. ANALISIS KEWANGAN

Jabatan Audit Negara di samping mengesahkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri

Tahun 2007, juga membuat analisis mengikut prinsip asas tunai terhadap data kewangan

bagi menentukan tahap prestasi kewangan Kerajaan Negeri. Hasil analisis yang dijalankan

adalah berdasarkan Penyata A – Penyata Wang Tunai, Penyata B – Penyata Pelaburan,

Penyata C – Penyata Hasil Disatukan, Penyata D – Penyata Akaun Pinjaman Disatukan,

Penyata E – Penyata Akaun Amanah Disatukan, Penyata F – Penyata Akaun

Memorandum Aset dan Penyata G – Penyata Akaun Memorandum Tanggungan serta

maklumat kewangan yang berkaitan.

Penyata Kewangan ini telah disediakan mengikut format yang ditetapkan dalam Piawaian

Perakaunan Kerajaan (PPK 2), Persembahan Penyata Kewangan yang dikeluarkan oleh

Jabatan Akauntan Negara. Analisis Audit dibuat terhadap penyata kewangan berdasarkan

data/dokumen dan rekod yang dihasilkan melalui Sistem Main Account serta dokumen

kewangan lain yang berkaitan.

4.1 KEDUDUKAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI

4.1.1 Mengikut Lembaran Imbangan, jumlah Kumpulan Wang Disatukan pada akhir

tahun 2007 adalah berjumlah RM1.56 bilion. Jumlah tersebut terdiri daripada aset

berbentuk wang tunai sejumlah RM65.55 juta dan pelaburan sejumlah RM1.50 bilion.

Kumpulan Wang disatukan terdiri daripada 3 akaun iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun

Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. Pada tahun 2007, Kumpulan Wang

Disatukan mengalami peningkatan berjumlah RM223.42 juta atau 16.7% kepada RM1.56

bilion berbanding RM1.34 bilion pada tahun 2006. Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan

pada tahun 2007 berbanding tahun 2006 adalah seperti di Jadual 1.

4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!