02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

1.3 Pengauditan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31

Disember 2007 adalah untuk memberi pendapat sama ada penyata itu menggambarkan

kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan yang berkaitan

telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.

1.4 Pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen dijalankan secara berterusan

sepanjang tahun 2007. Pemerhatian mengenainya telah dibangkitkan dengan pihak

Perbendaharaan Negeri dan Kementerian/Jabatan Negeri melalui surat pengurusan sebaik

sahaja sesuatu pengauditan selesai dijalankan.

2. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN

BERAKHIR 31 DISEMBER 2007

Pengauditan Penyata Kewangan telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan

berpandukan Piawaian Pengauditan Yang Diluluskan. Akta dan Piawaian tersebut

menghendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan bagi mendapat kepastian yang

munasabah sama ada Penyata Kewangan adalah bebas daripada kesilapan dan

ketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasuk memeriksa rekod secara semak uji,

menyemak bukti yang menyokong angka dan memastikan penzahiran yang mencukupi

dalam persembahan Penyata Kewangan. Pada Pendapat Audit, Penyata Kewangan

Kerajaan Negeri pada keseluruhannya menunjukkan gambaran yang benar dan

saksama tentang kedudukan kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31

Disember 2007 dan rekod perakaunannya telah diselenggarakan dengan teratur dan

kemas kini. Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang

disertakan bersama dengan Lembaran Imbangan, Penyata Penerimaan Dan Pembayaran

Wang Tunai, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Akaun adalah seperti di

Lampiran I hingga Lampiran V.

3. PENARAFAN INDEKS AKAUNTABILITI TERHADAP PENYEDIAAN DAN

PERSEMBAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SABAH

Selain memberi pendapat mengenai gambaran yang benar dan saksama terhadap

kedudukan kewangan Kerajaan Negeri, Jabatan Audit Negara telah membuat penilaian

secara objektif terhadap elemen-elemen dalam penyata kewangan untuk menentukan

tahap penyediaan dan persembahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri. Penilaian ini

meliputi peringkat interim dan muktamad.

2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!