02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BAHAGIAN I

PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SABAH

BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2007

1. PENDAHULUAN

1.1 Seksyen 16(1) Akta Acara Kewangan, 1957 menghendaki Pihak Berkuasa Kewangan

Negeri menyediakan Penyata Kewangan secepat mungkin selepas penutupan akaun bagi

tahun berkenaan. Penyata Kewangan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua

Audit Negara dalam tempoh 7 bulan selepas berakhirnya tahun kewangan berkenaan

untuk diaudit seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 9 Akta Audit, 1957.

1.2 Selaras dengan peruntukan undang-undang tersebut, Pegawai Kewangan Negeri

telah mengemukakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun berakhir 31

Disember 2007 kepada Jabatan Audit Negara pada 22 April 2008. Penyata tersebut

melaporkan semua urus niaga kewangan asas tunai bagi tahun 2007 yang berkaitan

dengan sumber dan penggunaan wang awam. Penyata tersebut mengandungi Lembaran

Imbangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Akaun

Memorandum dan Nota Kepada Akaun.

1.2.1 Lembaran Imbangan menunjukkan jumlah wang tunai dan pelaburan yang

dipegang bagi ketiga-tiga Akaun Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil

Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Selaras dengan

asas perakaunan tunai ubahsuai yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri, hanya

pelaburan yang dipegang bagi maksud amanah tertentu dilaporkan dalam Lembaran

Imbangan. Manakala pelaburan lain dilaporkan dalam Penyata Akaun Memorandum.

1.2.2 Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai menunjukkan terimaan dan

bayaran bagi tahun 2007. Terimaan adalah terdiri daripada hasil, pinjaman, dan

terimaan lain seperti amanah dan bayaran balik pemberian Persekutuan. Bayaran pula

adalah untuk membiayai perbelanjaan mengurus, pembangunan, modal dan bayaran

balik pinjaman.

TERHAD

1.2.3 Penyata Akaun Memorandum adalah akaun yang menunjukkan aset dan

tanggungan Kerajaan Negeri. Aset Kerajaan Negeri merangkumi Pinjaman Boleh

Dituntut, Pelaburan dan Tunggakan Hasil. Manakala tanggungan Kerajaan Negeri pula

terdiri daripada Hutang Awam.

1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!