02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BAHAGIAN VIII

PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN MESYUARAT

JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI

27. PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA

KEWANGAN

Mengikut perkara 112(A) Perlembagaan Persekutuan, Laporan Ketua Audit Negara

mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri hendaklah dibentangkan di Dewan

Undangan Negeri. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan

Negeri Sabah bagi tahun 2006 telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada 16

November 2007.

28. MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI

Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri telah bermesyuarat sebanyak 3 kali pada

tahun 2007. Mesyuarat pertama diadakan pada 23 dan 24 Julai 2007 untuk

membincangkan isu yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2005.

Sebanyak 12 Jabatan/Agensi/Syarikat telah dipanggil untuk memberi penjelasan dan

keterangan berhubung isu berbangkit. Perkara yang dibincangkan ditunjukkan di

Lampiran VI. Mesyuarat kedua diadakan pada 6 September 2007 khusus untuk

membincangkan isu berkaitan penyelenggaraan jalan raya di negeri Sabah. Mesyuarat

tersebut telah memanggil Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah, Jabatan Kerja Raya

dan pihak Kontraktor iaitu Pembinaan Kekal Mewah Sdn. Bhd. untuk memberi keterangan

berkaitan pengurusan penyelenggaraan jalan raya di negeri Sabah. Mesyuarat ketiga telah

diadakan pada 13 November 2007 untuk menentukan isu dalam Laporan Ketua Audit

Negara Tahun 2006 yang perlu dibincangkan pada mesyuarat akan datang.

94

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!