02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

21.1.1 Struktur Organisasi

Struktur Organisasi Jabatan adalah lengkap dan jelas bagi

membolehkan semua pegawai melaksanakan kerja mereka dengan

teratur dan mengikut had kuasa yang telah ditentukan. Jabatan ini

diketuai oleh Pengarah Negeri dan dibantu oleh 366 pegawai dan

kakitangan lain. Jabatan ini mempunyai 8 bahagian iaitu Bahagian

Operasi yang terdiri daripada Unit Latihan Personel, Pentadbiran dan

Kewangan, Pembangunan Korporat dan Hidrologi Negeri, Kejuruteraan

Sungai/Pantai, Pengairan dan Saliran, dan 5 bahagian mengikut

daerah iaitu Daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara,

Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Pejabat di

Daerah diketuai oleh Jurutera Daerah. Perjawatan yang diluluskan

berjumlah 505 jawatan manakala 138 jawatan lagi masih kosong.

Jawatan yang belum diisi adalah jawatan yang tidak terlibat dengan

tugas-tugas kewangan terdiri daripada Kumpulan Sokongan I iaitu 8

kekosongan dan Kumpulan Sokongan II sejumlah 117 kekosongan.

21.1.2 Manual Prosedur Kerja

Manual Prosedur Kerja merupakan rujukan utama yang membantu

Jabatan berfungsi dengan cekap dan berkesan. Ia mengandungi

maklumat yang memberi gambaran yang menyeluruh mengenai

sesuatu Jabatan. Pemeriksaan Audit mendapati Jabatan mempunyai

Manual Prosedur Kerja yang lengkap dan kemas kini sebagaimana

dikehendaki oleh Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun

1991.

21.1.3 Fail Meja Dan Senarai Tugas

Fail Meja adalah dokumen rujukan bagi setiap pegawai bagi

menjalankan tugasnya setiap hari. Fail Meja membolehkan seseorang

pegawai itu memahami peranannya di Jabatan dan boleh membantu

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan produktiviti Jabatan.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991,

menghendaki Fail Meja disediakan bagi setiap pegawai dan

65

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!