02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

13.3.3 Penyata Penyesuaian Perbelanjaan

Surat Pekeliling Jabatan Kewangan Negeri Bil. 3 Tahun 1999

menghendaki Penyata Penyesuaian Perbelanjaan dikemukakan

kepada Bendahari Negeri dalam tempoh 14 hari dari tarikh Laporan

Perbelanjaan Bulanan diterima. Pemeriksaan Audit mendapati penyata

ini dikemukakan kepada Bendahari Negeri dalam tempoh yang

ditetapkan mengikut peraturan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh pihak

Audit bagi bulan Januari dan Julai 2002 mendapati terdapat perbezaan

baki antara Buku Vot dan Laporan Perbelanjaan Bulanan sedangkan

penyata penyesuaian yang dikemukakan menunjukkan tiada

perbezaan baki. Penyesuaian ke atas baki berkenaan tidak dibuat

sepanjang tahun 2002.

13.3.4 Kawalan Perolehan

Pada keseluruhannya, pemeriksaan Audit mendapati pengurusan

sebut harga telah dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Perolehan secara inden kerja dan pembelian melalui pesanan

tempatan adalah dibuat secara teratur.

i) Pesanan Tempatan

Arahan Perbendaharaan 176.1(b) menyatakan bahawa Pegawai

Pengawal hendaklah menurunkan kuasa kepada pegawainya

secara bertulis bagi tujuan menandatangani borang pesanan

tempatan. Bagi tujuan ini, pegawai yang menandatangani

pesanan tempatan telah diberi kuasa oleh Pegawai Pengawal.

Pemeriksaan Audit terhadap 188 borang pesanan tempatan

bernilai RM239,408 sepanjang tahun 2002 mendapati arahan ini

telah dipatuhi.

42

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!