02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pada pandangan Audit, pelaburan Majlis telah diurus dengan baik.

51.5 PENGURUSAN PINJAMAN

Pengurusan pinjaman Majlis adalah berkaitan dengan pinjaman jangka panjang

yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM117.08 juta.

Pinjaman tersebut telah diberi oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1986

bagi membiayai Projek Pembetungan Najis. Pada akhir tahun 2002, baki

pinjaman Majlis dengan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM54.09 juta.

Semakan Audit mendapati pembayaran balik pinjaman tersebut telah

ditangguhkan oleh Majlis atas arahan Kerajaan Persekutuan sejak tahun 1996.

51.6 PENGURUSAN KUMPULAN WANG AMANAH, AKAUN AMANAH DAN

DEPOSIT

Selaras dengan kehendak Seksyen 10, Akta Acara Kewangan 1957, Majlis

telah mewujudkan akaun amanah yang terdiri daripada Kumpulan Wang

Pendahuluan Diri, Kumpulan Wang Pinjaman Kenderaan dan Kumpulan Wang

Pinjaman Komputer. Selain itu, Majlis juga menguruskan akaun deposit.

Semakan Audit terhadap pengurusan akaun amanah tersebut mendapati

perkara berikut:

51.6.1 Pengurusan Deposit

Pada akhir tahun 2002, Majlis mempunyai akaun deposit yang

berjumlah RM7.13 juta. Pemeriksaan Audit mendapati secara

keseluruhannya pengurusan akaun deposit Majlis adalah memuaskan.

51.6.2 Pengurusan Kumpulan Wang

Majlis juga bertanggungjawab menguruskan Kumpulan Wang

Pinjaman Kenderaan, Pinjaman Komputer dan Pendahuluan Diri.

Sehingga Disember 2002 baki Akaun Pinjaman Kenderaan adalah

berjumlah RM160,661, Pinjaman Komputer berjumlah RM262,316 dan

Pendahuluan Diri berjumlah RM13,137. Semakan Audit mendapati

185

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!