02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

daripada mereka yang wajib mengeluarkan zakat dan fitrah dalam

kawasan tauliahnya.

47.1.5 Kaedah Pungutan Dan Pengagihan Zakat

Kaedah pungutan zakat telah ditetapkan di Perenggan 10 hingga 14,

Peraturan, yang mana telah ditetapkan pembayaran zakat hendaklah

dibuat kepada amil dalam kawasan kariahnya dalam tempoh 30 hari

dari tarikh terimaan tafsiran banyaknya zakat yang wajib dibayar.

Semua hasil kutipan zakat yang diterima oleh amil hendaklah

diserahkan kepada Pengelola Lembaga Zakat Dan Fitrah Kariah di

kariah masing-masing dalam tempoh 14 hari dan diserahkan kepada

Jawatankuasa Negeri dalam tempoh 7 hari. Perenggan 25(4) dan 27(1)

Peraturan-peraturan pula menetapkan segala pengagihan wang zakat

dan fitrah hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa Negeri.

Pengagihan wang zakat akan dibuat berasaskan kepada keutamaan

sesuatu asnaf yang dipecahkan kepada 2 kategori oleh Jawatankuasa

Syariah Negeri iaitu:

i) Asnaf yang diberi keutamaan untuk mendapat pengagihan zakat

iaitu asnaf fakir, miskin, amil dan muallaf.

ii) Asnaf yang bukan keutamaan untuk mendapat pengagihan

zakat ialah asnaf ar-riqab, gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil.

47.1.6 Anggaran Pungutan Dan Pengagihan Zakat

Perenggan 4(2)(a) Peraturan, menghendaki Jawatankuasa Negeri

menyediakan anggaran pungutan dan pengagihan zakat kepada asnaf

yang layak. Majlis telah mensasarkan anggaran pungutan zakat pada

tahun 2001 sejumlah RM13.62 juta dan pada tahun 2002 sejumlah

RM18.19 juta. Anggaran pengagihan zakat tidak dibuat oleh Majlis.

159

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!