02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

42.5.1 Daftar Harta Modal Dan Daftar Inventori

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991 menetapkan setiap

Agensi perlu merekodkan butiran asas mengenai harta modal, inventori

dan bekalan pejabat. Agensi juga perlu merekodkan lokasi harta

modal, inventori dan bekalan pejabat serta mewujudkan sistem

maklumat yang kemas kini dan berkesan bagi memudahkan pihak

pengurusan melakukan penyeliaan, pengawasan dan penilaian apabila

tindakan pelupusan hendak diambil kelak. Bagi memenuhi kehendak

tersebut, setiap Agensi perlu menggunakan beberapa borang tertentu

bagi mengasingkan aset Agensi. Borang yang dimaksudkan ialah

Daftar Harta Modal, Daftar Inventori, Daftar Stok Bekalan Pejabat dan

Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori. Semakan Audit

mendapati Lembaga tidak menyelenggara Daftar ini sebagaimana

dikehendaki. Sebaliknya Lembaga telah merekodkan semua aset dan

inventori ke dalam Daftar Aset Lembaga.

42.5.2 Penyelenggaraan Aset

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991 menetapkan supaya

semua aset yang dibeli perlu diselenggara dari semasa ke semasa dan

direkodkan dalam Daftar Penyelenggaraan Aset bagi memastikan aset

yang dimiliki boleh diguna secara berterusan dan sentiasa dalam

keadaan baik. Semakan Audit mendapati Daftar ini tidak disediakan

oleh Lembaga.

42.5.3 Tanda Hak Milik Kerajaan

Perenggan 233 Tatacara Pengurusan Stor menghendaki semua aset

Kerajaan ditanda ‘Hak Milik Kerajaan’. Pemeriksaan Audit terhadap

aset Lembaga yang terdiri daripada perabot dan alatan pejabat

mendapati kesemua aset tersebut tidak ditanda ‘Hak Milik Kerajaan’.

Bagaimanapun, Lembaga telah menandakan inventori miliknya dengan

nombor siri pendaftaran.

153

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!