02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM)

Perenggan 10 : Pengurusan Taksiran Duti Import

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

10.5.2.1 Kawalan Dokumen Selepas Borang K1 Didaftarkan

Perintah Am Jabatan 103 telah menjelaskan bahawa setiap borang ikrar yang

didaftarkan tidak boleh diserahkan kembali kepada pengimport atau ejen

penghantaran sehingga borang berkenaan selesai disemak dan duti/cukai

dijelaskan. Bagaimanapun, lawatan Audit mendapati masih ada kes di mana ejen

penghantaran telah membawa sendiri borang ikrar dan dokumen yang telah

didaftarkan untuk urusan selanjutnya. Walaupun perkara ini pernah dibangkitkan

oleh pihak Audit pada tahun 2008 dan JKDM telah mengambil tindakan dengan

mengeluarkan surat arahan bertarikh 14 April 2009 supaya ejen tidak membawa

sendiri borang ikrar selepas didaftar, namun perkara ini masih berlaku di stesen

Kastam di Pelabuhan Rajang, Sibu dan Pelabuhan Miri, Sarawak dan Wisma

Kastam, Seremban, Negeri Sembilan.

Mengikut maklum balas JKDM, arahan mengenai pengendalian borang telah

dikeluarkan pada 14 April 2009 dan 3 Ogos 2011. JKDM telah melaksanakan

pemprosesan pengimportan, pergerakan dan pengeksportan barangan melalui

sistem elektronik sepenuhnya iaitu di mana borang ikrar diproses secara serentak

tanpa menunggu kehadiran pengimport/ejen dan tiada borang ikrar yang diperlukan

kecuali bagi pengikraran secara manual. Manakala di Stesen Kastam Pelabuhan

Rajang Sibu, Sarawak, bilik runding cara telah diwujudkan berserta dengan

pengeluaran notis amaran. Di Stesen Pelabuhan Miri, Sarawak dan Negeri

Sembilan, notis amaran telah dikeluarkan.

Surat Dasar “Pengurusan Dan Pengendalian Pengimportan,

Pergerakan dan Pengeksportan Barang-Barang” rujukan

KE.HE(44)413/03 KLt.9 (66) bertarikh 3 Ogos 2011 telah

mengarah supaya semua Pengarah Kastam Negeri

melaksanakan sepenuhnya online submission berkuatkuasa

pada 3 Ogos 2011. Borang kastam hardcopy tidak lagi

diperlukan kecuali semasa sistem SMK down. Di bawah sistem

Online Submission, borang akan dicapai secara urutan oleh

pegawai penaksir tanpa kehadiran ejen

penghantaran/pengimport. Bagi borang kastam yang

memerlukan dokumen tambahan atau pemeriksaan fizikal, ia

akan di tagkan untuk tindakan selanjutnya oleh pengimport/ejen.

Arahan Pengendalian Borang Kastam Selaras Dengan Perintah

Am Jabatan Bil.103 (pengendalian borang secara parallel dan

manual) juga telah dikeluarkan ruj. KE.HE(44)607/01 KLt.7(36)

bertarikh 14 April 2009 kepada semua Pengarah kastam Negeri.

Bagi stesen yang telah dikuiri oleh pihak Audit, stesen-stesen

tersebut telah mengambil langkah-langkah untuk membendung

perkara ini.

Pada pendapat Audit, kes di mana ejen penghantaran membawa sendiri borang

ikrar dan dokumen yang telah didaftarkan akan memberi ruang kepada ejen memilih

sendiri pegawai Kastam untuk berurusan dan sekiranya tidak dibendung ia boleh

mempengaruhi taksiran yang dibuat.

86

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!