02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

9.5.3.4.a

Tunggakan Cukai

Semakan Audit mendapati 303 individu berpendapatan perniagaan melibatkan

1,000 kes gagal menjelaskan tunggakan cukai berjumlah RM19.11 juta. Tempoh

tunggakan cukai adalah sehingga melebihi 11 tahun. Antara faktor yang

menyebabkan bayaran cukai tertunggak ialah tindakan penguatkuasaan tidak

diambil sepenuhnya terhadap pembayar cukai yang terlibat seperti mana

diperuntukkan di dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.

Selepas teguran Audit, tindakan pemungutan telah diambil seperti surat peringatan,

kenaikan cukai, sekatan keluar negara, tindakan guaman sivil, membenarkan

kemudahan bayaran tunggakan cukai secara ansuran dan mendapatkan cek

tertangguh.

Tindakan pemantauan terhadap kes-kes secara berterusan oleh

Jabatan Inspektorat.

9.5.3.4.b

Ketidakpatuhan Skim Bayaran Ansuran Cukai Individu Berpendapatan

Perniagaan (Notis CP500)

Semakan Audit di 15 Cawangan LHDNM mendapati Unit Pungutan tidak

mengenakan kenaikan cukai berjumlah RM258,843 terhadap 263 individu

melibatkan 696 kes yang gagal membayar skim ansuran cukai.

Tindakan pemantauan terhadap kes-kes secara berterusan oleh

Jabatan Inspektorat.

Kenaikan cukai di bawah subseksyen 107B(3) ACP 1967 belum dikenakan secara

manual kerana fail tidak terpilih untuk semakan Unit Pungutan LHDNM. Keadaan ini

menyebabkan Akaun Belum Terima LHDNM terkurang nyata di Penyata Kewangan

Kerajaan Persekutuan. Ini adalah kerana kegagalan bayaran (lewat/kurang/tidak

bayar) skim ansuran cukai CP500 telah layak untuk kenaikan cukai subseksyen

107B(3) ACP 1967 tetapi kenaikan cukai belum dikira secara manual untuk

mendebit lejar pembayar cukai. Selepas teguran Audit, kenaikan cukai di bawah

subseksyen 107B(3) ACP 1967 telah dikenakan terhadap 206 individu melibatkan

597 kes. Manakala tindakan akan diambil oleh Cawangan Temerloh dan Kuala

Lumpur Bandar terhadap 57 individu lain melibatkan 99 kes.

Pada pendapat Audit, LHDNM perlu memastikan Revenue Management System

(ReMS) dan Sistem Taksir Sendiri (STS) Selain Syarikat yang dibangunkan

berupaya mengenakan kenaikan cukai secara automatik di bawah subseksyen

107B (3) ACP 1967 terhadap pembayar cukai yang gagal mematuhi skim bayaran

ansuran cukai bagi Notis CP500. Selain itu, seksyen 107B ACP 1967 wajar dikaji

semula dengan mempertanggungjawabkan pembayar cukai mengemukakan

anggaran cukai CP500 sebagaimana yang diamalkan oleh syarikat dalam

mengemukakan anggaran cukai CP204. Pada masa kini, anggaran cukai CP500

dikeluarkan oleh LHDNM di bawah subseksyen 107B(2) ACP 1967 berasaskan

jumlah cukai kena dibayar bagi tahun taksiran 2 tahun terdahulu. Ini adalah kerana

terdapat kelemahan di mana jika anggaran cukai CP500 oleh LHDNM jauh lebih

rendah, pembayar cukai tidak diwajibkan mengemukakan pindaan anggaran cukai

dan terlepas daripada membayar cukai tambahan secara dwi-bulanan. Kenaikan

82

82

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!