02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

9.5.3.3.e

Pemantauan Integriti Melalui Lawatan Mengejut Kurang Berkesan

Semakan Audit mendapati pemantauan integriti melalui lawatan mengejut secara

keseluruhannya adalah kurang memuaskan. Ini adalah kerana hanya Cawangan

Alor Setar, Temerloh, Kota Bharu dan Labuan (4 Cawangan atau 23.5% daripada

17 Cawangan) yang mematuhi peraturan yang ditetapkan. Manakala 13 Cawangan

yang lain atau 76.5% daripada 17 Cawangan tidak mematuhi peraturan yang

ditetapkan dengan sepenuhnya sama ada lawatan mengejut tidak dijalankan/tidak

mematuhi kekerapan yang ditetapkan dan/atau Buku Daftar serta laporan lawatan

mengejut tidak diselenggarakan/tidak lengkap.

Tindakan pemantauan secara berterusan oleh cawangan,

Jabatan Pematuhan Cukai dan Jabatan Inspektorat.

Jabatan Pematuhan Cukai telah menyemak buku Daftar

Lawatan Mengejut semasa lawatan pemantauan ke cawangan.

Pada pendapat Audit, Buku Daftar Lawatan Mengejut perlu diselenggarakan

dengan lengkap. Manakala kekerapan lawatan mengejut terhadap pasukan

Pegawai Audit Luar yang bertugas di premis pembayar cukai sekurang-kurangnya

perlu mengikut kekerapan yang ditetapkan untuk memastikan mereka

melaksanakan tugas selaras dengan peraturan.

Mengikut maklum balas LHDNM, kekerapan lawatan mengejut akan dipatuhi.

Manakala Buku Daftar Lawatan Mengejut telah diselenggarakan selepas teguran

Audit.

9.5.3.3.f

Taksiran Anggaran Cukai Dan Penalti Tidak Dikeluarkan

Sekiranya individu berpendapatan perniagaan tidak mengemukakan Borang B,

LHDNM perlu mengeluarkan taksiran anggaran cukai di bawah subseksyen 90(3)

ACP 1967 berserta penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967. Semakan Audit

di 9 Cawangan LHDNM mendapati taksiran anggaran cukai berserta penalti

berjumlah RM0.77 juta tidak dikeluarkan kepada 30 individu berpendapatan

perniagaan yang tidak mengemukakan Borang B melibatkan 41 kes.

Status terkini adalah sama seperti maklum balas yang telah

dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara pada 29 Jun 2012

Selepas teguran Audit, LHDNM telah mengambil tindakan terhadap 15 kes.

Manakala tindakan akan diambil terhadap 26 kes lain. Selain itu, LHDNM telah

mengambil tindakan mengeluarkan taksiran anggaran secara automatik melalui

sistem pada akhir Mei 2011 berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.

Pada pendapat Audit, jika individu berpendapatan perniagaan tidak mengemukakan

Borang B tetapi mempunyai bayaran cukai pendapatan bagi sesuatu tahun taksiran,

LHDNM perlu mengeluarkan taksiran anggaran di bawah subseksyen 90(3) ACP

1967 berserta penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967. Sehubungan itu,

LHDNM perlu memastikan STS Selain Syarikat yang sedia ada berupaya

mengeluarkan taksiran anggaran tersebut secara automatik.

81

81

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!