02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

atasan untuk membolehkan cukai dipungut. Bagi pembayar cukai yang telah

meninggal dunia, LHDNM mempunyai kuasa untuk membangkitkan taksiran

tambahan dalam tempoh 3 tahun selepas Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri

dimaklumkan oleh Pentadbir Harta Pusaka tentang kematian pembayar cukai

dengan menggunakan Borang CP57 (Pemberitahuan Kematian Pembayar Cukai)

selaras dengan pindaan subseksyen 74(3) ACP 1967 yang berkuat kuasa mulai 18

Januari 2011. Selain itu, kegagalan mengeluarkan Notis Taksiran Cukai Tambahan

Dan Penalti juga boleh membawa risiko di mana baki bayaran ansuran dianggap

kredit dan dibayar balik kepada pembayar cukai selepas mengambil kira taksiran

sedia ada (taksiran disifatkan dan taksiran tambahan daripada audit meja jika

berkenaan) sebelum mengambil kira taksiran tambahan daripada audit luar yang

belum dibangkitkan bagi sesuatu tahun taksiran. Sehubungan ini, siasatan perlu

dijalankan dan hukuman/tindakan disiplin yang bersesuaian perlu dikenakan

kepada pegawai yang terbukti cuai.

Mengikut maklum balas Pejabat Pengarah LHDNM Negeri, pihaknya sedang

mengenal pasti pegawai-pegawai yang terlibat dan sebab berlaku ketidakpatuhan

sebelum menentukan jenis hukuman/disiplin yang wajar dikenakan jika perlu. Di

samping itu, pemantauan juga akan dilakukan sehingga kesemua kes diselesaikan.

Selain itu, Ibu Pejabat LHDNM juga akan melakukan siasatan ke atas pegawaipegawai

yang terlibat bagi mengenal pasti masalah yang timbul.

9.5.3.3.d Kelewatan Key-In Data Setiap Peringkat Kerja Audit Luar Di Case

Management System (CMS)

Memo Pengarah Jabatan Pematuhan Cukai Bilangan LHDNM.01/36/223/5/7

bertarikh 23 Jun 2009 menghendaki Pegawai Audit Luar memasukkan data kerja

audit luar dengan segera ke CMS berdasarkan setiap peringkat kerja yang

disiapkan. Semakan Audit di 7 Cawangan LHDNM mendapati Pegawai Audit Luar

telah lewat memasukkan data kerja audit luar ke CMS bagi 106 individu melibatkan

238 kes dengan cukai tambahan dan penalti berjumlah RM5.98 juta. Adalah

diperhatikan Pegawai Audit Luar memasukkan data kerja audit luar ke CMS pada

tarikh yang sama selepas beberapa peringkat kerja disiapkan.

Tindakan pemantauan secara berterusan oleh cawangan,

Jabatan Pematuhan Cukai dan Jabatan Inspektorat.

Mengikut maklum balas LHDNM, CMS tidak stabil pada tahun 2009 menyebabkan

berlaku kelewatan key-in data pada masa itu. Memandangkan CMS kini telah stabil,

tindakan key-in data di CMS akan dilakukan selepas sesuatu proses kerja

diselesaikan.

Pada pendapat Audit, pegawai atasan LHDNM perlu memantau dan memastikan

Pegawai Audit Luar menginput data ke modul audit dalam CMS sebaik sahaja

sesuatu proses kerja disiapkan bagi memastikan data adalah utuh pada masa nyata

(realtime).

80

80

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!