02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

bermakna matlamat mendidik individu berpendapatan perniagaan menyimpan

rekod dengan lengkap tidak tercapai.

Mengikut maklum balas Cawangan LHDNM, Pegawai Audit Luar terlepas pandang

untuk mengeluarkan notis di bawah subseksyen 82(3) ACP 1967 kepada individu

yang tidak menyimpan rekod dengan lengkap. Cawangan LHDNM bersetuju

dengan kepentingan mengeluarkan notis tersebut kepada pembayar cukai dan telah

berbuat demikian selepas teguran Audit. Selain itu, Jabatan Pematuhan Cukai

LHDNM di Ibu Pejabat sedang menyediakan satu Kertas Konsep bagi tujuan

penambahbaikan kes-kes berkaitan subseksyen 82(3) ACP 1967. Ia bertujuan

mewujudkan satu prosedur bagi mengawal selia pembayar cukai yang didapati tidak

menyimpan rekod transaksi perniagaan semasa kerja audit cukai dijalankan.

akan diguna pakai oleh Jabatan/Bahagian/Cawangan dalam

membuat pengawalseliaan kes-kes seperti ini.

Memo telah pun dikeluarkan kepada Jabatan Teknologi

Maklumat supaya surat berkenaan dapat dijana dari CMS. Dua

keping surat tersebut telahpun berada dalam sistem CMS dan

boleh diguna pakai sekarang.

Pada pendapat Audit, LHDNM perlu menambah baik aplikasi Case Management

System (CMS) bagi membolehkan notis peringatan di bawah subseksyen 82(3)

ACP 1967 dijana terus daripada sistem. Ini bagi mengelakkan Pegawai Audit Luar

terlupa/terlepas pandang mengeluarkan notis tersebut secara manual. Jika

pembayar cukai melakukan kesalahan berulang, tindakan pendakwaan hendaklah

diambil di bawah subseksyen 119A(a) ACP 1967.

LHDNM memaklumkan syor Audit akan dikaji bagi tujuan penambahbaikan kes-kes

berkaitan subseksyen 82(3) ACP 1967.

9.5.3.3.c

Notis Taksiran Cukai Tambahan Audit Luar Tidak Dikeluarkan

Semakan Audit mendapati Laporan Penyelesaian Kes yang diluluskan antara

7 Oktober 2009 hingga 14 April 2011 menunjukkan terdapat cukai tambahan audit

luar dan penalti, namun Notis Taksiran Cukai Tambahan Audit Luar Dan Penalti

berjumlah RM0.44 juta tidak dikeluarkan terhadap 6 individu melibatkan 11 kes di

Cawangan Kuala Lumpur Bandar.

Surat teguran cawangan kepada pegawai yang terlibat telah

dikeluarkan pada 2 Julai 2012. Maklum balas pegawai

berkenaan telah diterima pada 4 Julai 2012.

Mengikut maklum balas LHDNM Cawangan Kuala Lumpur Bandar, isu tersebut

berlaku kerana terlepas pandang. Selepas teguran Audit, satu individu melibatkan

2 kes telah dikeluarkan Notis Taksiran Cukai Tambahan berjumlah RM27,002 pada

17 April 2012. Di samping itu, Notis Taksiran Cukai Tambahan berjumlah RM4,646

akan dibangkitkan terhadap 2 individu lain melibatkan 2 kes. Manakala kemudahan

bayaran ansuran sedang dibincangkan bagi 2 individu lain melibatkan 4 kes tetapi

Notis Taksiran Cukai Tambahan berjumlah RM332,036 belum dikeluarkan. Selain

itu, Notis Taksiran Cukai Tambahan bagi satu individu lain melibatkan 3 kes

berjumlah RM78,885 tidak boleh dibangkitkan kerana pembayar cukai telah

meninggal dunia.

Pada pendapat Audit, Notis Taksiran Cukai Tambahan Audit Luar Dan Penalti perlu

dikeluarkan segera bagi kes yang penyelesaiannya telah diluluskan oleh pegawai

79

79

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!