02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

9.5.3.3.a

Senarai Semakan Audit (Audit Checklist) Tidak Diisi

Mengikut Manual Prosedur Kerja Audit Luar dan Memo Pengarah Jabatan

Pematuhan Cukai Bilangan LHDNM.01/36/223/5/7(41) bertarikh 19 Mei 2010, bagi

individu yang mempunyai rekod perakaunan yang lengkap, Pegawai Audit Luar

dikehendaki menggunakan senarai semakan audit sebagai Standard Operating

Procedure. Senarai semakan audit ini dinyatakan dalam Manual Audit Percukaian di

Bahagian E. Senarai semakan audit (audit checklist) tersebut adalah penting untuk

memastikan prosedur pengauditan bagi setiap isu audit yang diberi tumpuan telah

dijalankan dengan teratur bagi tujuan menentukan sama ada amaun pendapatan

yang betul telah dilaporkan. Pemeriksaan Audit di 12 Cawangan LHDNM mendapati

senarai semakan audit tidak diisi bagi 493 individu melibatkan 1,074 kes di mana

cukai tambahan dan penalti berjumlah RM15.58 juta telah dikenakan. Oleh itu,

pihak Audit tidak dapat mengesahkan ketepatan jumlah cukai tambahan dan penalti

yang telah dikenakan.

Pengarah Cawangan telah mengambil tindakan mengeluarkan

surat peringatan kepada Pengurus Audit/Ketua

Kumpulan/Pegawai Audit bertarikh 14 Ogos 2012 agar perkara

ini tidak berulang lagi.

Ibu pejabat akan mengeluarkan arahan/memo kepada Pengarah

Negeri/Cawangan supaya memantau kes-kes tersebut dan

mengambil tindakan susulan ke atas Pengurus Audit/Ketua

Kumpulan/Pegawai Audit.

Jabatan Pematuhan Cukai juga melakukan pemantauan melalui

Lawatan Pemantauan di cawangan.

Pada pendapat Audit, senarai semakan audit mengikut Manual Audit Percukaian

sebagai Standard Operating Procedure wajib diisi bagi kes yang mempunyai rekod

perniagaan yang lengkap seperti yang disyaratkan dalam Manual Prosedur Kerja

Audit Luar untuk memastikan semua tatacara pemeriksaan yang standard dan

seragam bagi setiap isu berpotensi telah dilaksanakan oleh Pegawai Audit Luar.

Mengikut maklum balas Cawangan LHDNM, Pegawai Audit Luar akan

menggunakan senarai semakan audit bagi kes yang mempunyai rekod perniagaan

yang lengkap. Manakala Ibu Pejabat LHDNM mencadangkan Pengarah Cawangan

mengambil tindakan mengeluarkan surat peringatan kepada Pengurus Audit/Ketua

Kumpulan/Pegawai Audit agar perkara ini tidak berulang lagi. Selain itu, Ibu Pejabat

LHDNM akan mengeluarkan arahan/memo kepada Pengarah Negeri/Cawangan

supaya memantau penggunaan senarai semakan audit bagi kes yang mempunyai

rekod perniagaan yang lengkap.

9.5.3.3.b

Notis Peringatan Tidak Dikeluarkan Terhadap Kes Rekod Tidak Lengkap

Ketetapan Umum No. 5 Tahun 2000 (Dipinda) yang dikeluarkan oleh LHDNM

menetapkan individu berpendapatan perniagaan wajib menyimpan rekod yang

lengkap. Sekiranya LHDNM mendapati pembayar cukai gagal menyimpan rekod

yang lengkap, notis peringatan menyimpan rekod dan buku akaun di bawah

subseksyen 82(3) ACP 1967 perlu dikeluarkan kepada pembayar cukai. Mengikut

subseksyen 119A(a) ACP 1967, kegagalan pembayar cukai mematuhi subseksyen

82(3) ACP 1967 boleh menyebabkan mereka didakwa dan jika sabit kesalahan,

boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak

melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Semakan Audit di 15 Cawangan LHDNM

mendapati notis tersebut tidak dikeluarkan kepada 338 individu berpendapatan

perniagaan melibatkan 822 kes gagal menyimpan rekod dengan lengkap. Ini

Untuk makluman, Jabatan Pematuhan Cukai sedang membuat

satu Kertas Konsep bagi tujuan penambahbaikan bagi kes-kes

berkaitan subseksyen 82(3) ACP 1967. Ia bertujuan untuk

mewujudkan satu prosedur bagi membuat pengawalseliaan

terhadap pembayar cukai yang didapati tidak

mempunyai/menyimpan rekod-rekod transaksi perniagaan

semasa kerja-kerja audit dijalankan. Pengawalseliaan ini perlu

dibuat bagi memastikan setiap pembayar cukai menyimpan

rekod-rekod dan transaksi perniagaan supaya pihak LHDNM

dapat menentusahkan jumlah cukai yang sepatutnya dibayar

oleh pembayar cukai. Prosedur yang akan dikeluarkan kelak

78

78

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!