02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

ortodontik jauh lebih tinggi berbanding perkhidmatan pergigian biasa. Sebagai

contoh, perkhidmatan pergigian biasanya terdiri daripada 2 jenis iaitu perkhidmatan

cabut gigi, tampal gigi, cuci gigi dan gigi palsu serta perkhidmatan ortodontik iaitu

mencantikkan kedudukan gigi. Pakej perkhidmatan ortodontik biasanya mengambil

masa 18 bulan dan kos boleh mencecah sehingga RM5,400 dan ke atas.

Kebiasaannya bayaran bagi pakej ini dibuat secara ansuran. Perkhidmatan

ortodontik bagi setiap kali hanya memerlukan masa yang singkat, biasanya kurang

dari 10 minit dan pelanggan perlu membayar sehingga RM300. Bagi doktor

ortodontik yang ternama dan mempunyai ramai pelanggan, mampu memberi

perkhidmatan kepada 50 pelanggan dalam sehari. Ini bermakna, perolehan sehari

perkhidmatan ortodontik kadangkala boleh mencecah sehingga RM15,000 (RM300

x 50 pelanggan).

Mengikut maklum balas LHDNM, kod perniagaan LHDNM berasaskan kod

perniagaan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (MSIC 2008).

Pada pendapat Audit, kod perniagaan perlu lengkap dan mengambil kira semua

jenis perniagaan/perkhidmatan. Sehubungan itu, LHDNM dari semasa ke semasa

perlu mencadangkan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai jenis

perniagaan/perkhidmatan yang wajar diberi kod perniagaan secara spesifik atas

alasan antaranya margin keuntungan yang berbeza dengan ketara.

b. Pembayar Cukai Tidak Mengisi Kod Perniagaan/Mengisi Kod Perniagaan

Yang Tidak Tepat

Mengikut Manual Prosedur Kerja Audit Luar-Bahagian C: Contoh Surat dan Borang

- Lampiran 4, surat pemberitahu kod perniagaan yang betul perlu dikeluarkan

kepada pembayar cukai yang mengisi Borang B dengan kod perniagaan yang tidak

tepat. Semakan Audit di 5 cawangan mendapati 19 pembayar cukai melibatkan 42

kes telah mengisi Borang B dengan kod perniagaan yang tidak tepat.

Bagaimanapun, Pegawai Audit Luar yang telah membuat pembetulan kod

perniagaan di modul taksiran/Laporan Penyelesaian Audit didapati tidak

memaklumkannya kepada pembayar cukai terbabit. Ini bermakna matlamat

mendidik pembayar cukai menggunakan kod perniagaan yang betul tidak tercapai.

Pada pendapat Audit, pemilihan kes berdasarkan kod perniagaan yang betul akan

mendatangkan impak audit yang positif. Sehubungan ini, ACP 1967 perlu

diperuntukkan seksyen untuk mengenakan penalti terhadap pembayar cukai yang

tidak mengisi kod perniagaan/mengisi kod perniagaan yang tidak tepat.

Mengikut maklum balas Ibu Pejabat LHDNM, pihaknya akan menghalusi cadangan

agar ACP 1967 diperuntukkan satu seksyen terhadap pembayar cukai yang gagal

mengisi kod perniagaan dengan tepat. LHDNM berpendapat pendidikan cukai

berterusan kepada pembayar cukai dalam menggunakan kod perniagaan yang

betul adalah penting. Bagaimanapun, lazimnya kod perniagaan yang hampir

dengan sesuatu perniagaan itu akan digunakan jika tiada kod perniagaan yang

benar-benar betul.

77

77

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!