02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

9.5.3.1 Kelewatan Menyelesaikan Fail Individu

a. Rangka Kerja Audit Cukai yang dikeluarkan oleh LHDNM yang berkuat kuasa

mulai bulan Januari 2009 menetapkan setiap kes audit luar perlu diselesaikan

dalam tempoh 3 bulan dari tarikh lawatan audit. Daripada 1,873 fail individu

yang disemak di 17 Cawangan LHDNM, didapati 1,073 fail individu (57.3%)

melibatkan cukai tambahan dan penalti berjumlah RM33.24 juta telah lewat

diselesaikan antara 6 hingga 941 hari.

Tindakan pemantauan secara berterusan oleh cawangan,

Jabatan Pematuhan Cukai dan Jabatan Inspektorat.

Jabatan Pematuhan Cukai akan mempergiatkan lagi lawatan

pemantauan terhadap cawangan yang bermasalah berdasarkan

laporan statistik bulanan.

b. Antara sebab kelewatan penyelesaian fail tersebut ialah individu

berpendapatan perniagaan tidak mempunyai rekod perniagaan atau rekod

perniagaan tidak lengkap; pembayar cukai kurang memberi kerjasama atau

lewat mengemukakan dokumen; kes rumit; kes melibatkan isu teknikal;

mengambil alih kes dari Pegawai Audit Luar yang bertukar serta Pegawai Audit

Luar yang baru kurang berpengalaman. Kesan daripada kelewatan

penyelesaian fail tersebut menyebabkan LHDNM lewat mengeluarkan notis

taksiran tambahan dan berlaku kelewatan mengutip cukai yang sepatutnya

diterima lebih awal.

Mengikut maklum balas Cawangan LHDNM, bagi menangani masalah kelewatan

penyelesaian kes, antara langkah yang diambil adalah tindakan pemantauan

terhadap setiap kes belum selesai secara bulanan dan perbincangan dengan

Pegawai Audit Luar dan pembayar cukai secara berterusan sehingga kes selesai.

Selain itu, Jabatan Pematuhan Cukai LHDNM di Ibu Pejabat juga menjalankan

lawatan pemantauan melalui penyemakan serta memberi teguran dan bantuan

teknikal bagi menyelesaikan kes dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada pendapat Audit, pemantauan terhadap kemajuan kerja bagi setiap fail individu

berpendapatan perniagaan perlu dipertingkatkan untuk memastikan ianya

diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

9.5.3.2 Ketidakjelasan Kod Perniagaan

a. Kod Perniagaan Baru Kurang Terperinci

Mengikut kod perniagaan baru (MISC 2008) yang dipaparkan di laman-web LHDNM,

aktiviti amalan perubatan dan pergigian terbahagi kepada 3 kod seperti berikut:

86201 - Perkhidmatan Perubatan Am

86202 - Perkhidmatan Perubatan Khas

86203 - Perkhidmatan Berkaitan Gigi

Pihak Audit mendapati penggunaan kod 86203 (perkhidmatan berkaitan gigi) adalah

tidak jelas dan kurang terperinci kerana margin keuntungan bagi perkhidmatan

76

76

Maklum balas adalah seperti di penemuan audit para 9.5.3.2.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!