02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

pada tahun 2011 berbanding fail individu aktif hanya 18.9%. Bagaimanapun,

jika Pegawai Audit Meja dapat memberi tumpuan masa yang sepenuh, maka

peratus purata fail yang mampu dijalankan audit meja pada tahun 2011

berbanding fail individu aktif akan meningkat daripada 18.9% kepada 32.9%.

9.5.2.2 Liputan Pembayar Cukai

Analisis Audit mendapati peratus purata individu berpendapatan perniagaan

dijalankan audit luar dan audit meja pada tahun 2011 masing-masing adalah 0.3%

dan 18.9%. Ini bermakna LHDNM memerlukan tempoh masa purata melebihi 5

tahun untuk mengaudit semua pembayar cukai. Bagaimanapun, terdapat 4

Cawangan LHDNM iaitu di Alor Setar, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Temerloh

memerlukan tempoh masa antara 6 dan 7 tahun untuk mengaudit semua pembayar

cukai, iaitu melebihi had masa 6 tahun dalam membangkitkan taksiran tambahan.

Mengikut maklum balas LHDNM, mulai tahun 2012, Jabatan Pematuhan Cukai

(JPC) telah menetapkan jumlah pegawai di Unit Audit Luar, Unit Audit Meja dan Unit

Audit Majikan berdasarkan jumlah fail pembayar cukai yang aktif di sesuatu

Cawangan LHDNM. Dari segi audit cukai, tidak semua pembayar cukai akan diaudit

sekiranya mereka tidak tergolong dalam kategori berisiko. Bagaimanapun, kes-kes

yang tidak berisiko akan juga dipilih untuk diaudit sekiranya Cawangan LHDNM

telah menyelesaikan kes berisiko yang telah dipilih. JPC mengunjurkan liputan

aktiviti audit luar terhadap individu berpendapatan perniagaan akan meningkat dari

0.3% pada tahun 2011 kepada 2.0% pada tahun 2015.

Bagi mengatasi masalah tersebut Memo Jabatan Pematuhan

Cukai bertarikh 3 Februari 2012, 22 Februari 2012 dan

29 Februari 2012 berkaitan penempatan semula pegawai audit

telah dikeluarkan untuk menetapkan bilangan pegawai

berdasarkan jumlah fail aktif di cawangan.

Cawangan perlu mematuhi memo yang telah dikeluarkan oleh

Jabatan Pematuhan Cukai.

Tindakan pemantauan secara berterusan oleh cawangan dan

Jabatan Pematuhan Cukai dilakukan berdasarkan kepada KPI

pegawai yang telah ditetapkan.

Pada pendapat Audit, purata 0.3% individu berpendapatan perniagaan dijalankan

audit luar dalam tempoh setahun adalah terlalu rendah memandangkan bilangan

pembayar cukai semakin bertambah dari setahun ke setahun. LHDNM hendaklah

mengkaji piawaian negara serantau mengenai peratus individu berpendapatan

perniagaan yang perlu dijalankan audit luar dan menetapkan peratus yang

sewajarnya sebagai sasaran kerja tahunan. Sehubungan itu, LHDNM perlu

menentukan bilangan jawatan Pegawai Audit Luar yang diperlukan selaras dengan

sasaran peningkatan liputan aktiviti audit luar memandangkan kekurangan pegawai

dan tumpuan masa yang tidak optimum boleh menjejaskan bilangan fail individu

yang dapat diselesaikan dan cukai tambahan serta penalti yang dapat dibangkitkan.

Usaha ini adalah perlu untuk memastikan setiap individu yang berisiko dijalankan

audit luar dari semasa ke semasa kerana LHDNM menghadapi kekangan had masa

6 tahun di bawah subseksyen 91(1) ACP 1967 untuk mengeluarkan taksiran

tambahan bagi cukai kurang ditaksir.

75

75

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!