02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

9.5.2.1 Pengagihan Pegawai Untuk Aktiviti Audit Cukai

a. Semakan Audit mendapati LHDNM tidak menentukan bilangan jawatan

Pegawai Audit Luar yang diperlukan secara khusus untuk mengaudit cukai

pendapatan individu berpendapatan perniagaan. Bagaimanapun, terdapat

jawatan bagi aktiviti audit cukai secara am yang meliputi audit luar, audit meja

dan audit majikan (pengauditan yang dijalankan di premis majikan untuk

mengesahkan ketepatan potongan cukai berjadual yang dibuat oleh majikan

terhadap pendapatan pekerjanya). Pengagihan bilangan jawatan untuk

menjalankan audit luar, audit meja dan audit majikan dilakukan oleh Pengarah

Cawangan LHDNM mengikut keperluan semasa dan berdasarkan kebolehan

serta pengalaman pegawai. Berdasarkan analisis Audit, pada umumnya

pengagihan bilangan Pegawai Audit Luar adalah lebih tinggi berbanding

bilangan Pegawai Audit Meja di 13 Cawangan LHDNM. Bagaimanapun,

bilangan Pegawai Audit Luar di Cawangan Kuala Terengganu dan Temerloh

adalah lebih rendah iaitu kurang 4 pegawai berbanding bilangan Pegawai Audit

Meja. Manakala bilangan Pegawai Audit Luar dan bilangan Pegawai Audit Meja

adalah sama di Cawangan Kota Kinabalu dan Labuan.

Mulai tahun 2012, Jabatan Pematuhan Cukai telah menetapkan

jumlah pegawai di unit-unit yang dimaksudkan selaras dengan

Public Finance Reform Initiatives di bawah Economic

Transformation Plan kerajaan.

Bagi mengatasi masalah tersebut Memo Jabatan Pematuhan

Cukai bertarikh 3 Februari 2012, 22 Februari 2012 dan

29 Februari 2012 berkaitan penempatan semula pegawai audit

telah dikeluarkan untuk menetapkan bilangan pegawai

berdasarkan jumlah fail aktif di cawangan.

b. Mengikut norma kerja audit luar bagi tahun 2011, setiap Pegawai Audit Luar

yang dapat memberi tumpuan sepenuh masa (untuk menjalankan audit luar)

perlu menyelesaikan pengauditan terhadap 17 individu. Manakala mengikut

norma kerja audit meja bagi tahun 2011, setiap Pegawai Audit Meja yang dapat

memberi tumpuan sepenuh masa (untuk menjalankan audit meja) perlu

menyelesaikan pengauditan terhadap 1,600 individu. Bagaimanapun, tumpuan

masa Pegawai Audit Luar dan Pegawai Audit Meja terhadap tugas utama

adalah tidak optimum. Ini adalah disebabkan mereka juga terlibat dalam aktiviti

lain seperti menjadi petugas semasa Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai,

berkursus, lawatan Audit Luar bagi kes yang dikendalikan oleh Pegawai Audit

Luar yang lain, Pegawai Audit Luar dan Pegawai Audit Meja yang baru masingmasing

perlu diberi latihan praktikal selama 60 hari bekerja dan 20 hari bekerja.

c. Jadual di atas menunjukkan peratus tumpuan masa Pegawai Audit Luar

terhadap tugas utama pada tahun 2011 adalah antara 20.6% hingga 57.1%.

Keadaan ini mengakibatkan peratus purata fail selesai dijalankan audit luar

pada tahun 2011 berbanding fail individu aktif hanya 0.3% sahaja.

Bagaimanapun, jika Pegawai Audit Luar dapat memberi tumpuan masa

sepenuhnya terhadap tugas utama, maka peratus purata fail yang mampu

dijalankan audit luar pada tahun 2011 berbanding fail individu aktif akan

meningkat daripada 0.3% kepada 0.5%.

d. Jadual di atas menunjukkan peratus tumpuan masa Pegawai Audit Meja

terhadap tugas utama pada tahun 2011 adalah antara 25.8% hingga 56.4%.

Keadaan ini mengakibatkan peratus purata fail selesai dijalankan audit meja

74

74

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!