02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

melibatkan jumlah penyelesaian cukai berjumlah RM250,981.

Pada pendapat Audit, kekurangan pemantauan terhadap pengurusan aktiviti audit

meja telah mengakibatkan sebanyak 63% kes telah lewat didaftarkan.

Bagaimanapun, sebanyak 92% daripada kes yang disemak sebagai sampel Audit

dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Berdasarkan maklum balas LHDNM, kelewatan mendaftarkan kes dan kelewatan

tempoh penyelesaian kes audit meja antaranya disebabkan kekangan pegawai

LHDNM dalam mengendalikan fail seperti mengutamakan kes yang memerlukan

tindakan segera termasuk penyelesaian kes permohonan Sijil Penyelesaian Cukai

untuk mengelakkan cukai tidak dapat dikutip kerana pembayar cukai kembali ke

negara asal.

8.5.3.1 Tunggakan Cukai Pendapatan

Seksyen 103 ACP 1967 menetapkan cukai perlu dijelaskan mengikut tempoh yang

ditetapkan. Semakan Audit terhadap 122 pembayar cukai mendapati seramai 36

(29.5%) pembayar cukai mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM3.36 juta di

antara satu hingga 132 bulan setakat akhir tahun 2011. Daripada jumlah kes

tersebut, terdapat 7 kes tunggakan cukai yang melebihi 6 tahun iaitu 4 kes kategori

syarikat dengan tunggakan berjumlah RM159,796 dan 3 kes individu (OG dan SG)

dengan tunggakan berjumlah RM14,305.

Permohonan penambahan pegawai adalah tertakluk kepada

kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Berdasarkan maklum balas LHDNM, tindakan pemungutan diambil ke atas cukai

tertunggak berdasarkan strategi dan mengikut keutamaan memandangkan bilangan

pegawai di Unit Pungutan yang terhad. Di antara strategi yang dilaksanakan ialah

mengambil tindakan ke atas tunggakan hasil berdasarkan timbunan fail yang

mempunyai tunggakan tertinggi.

8.5.3.2 Kenaikan Cukai

Seksyen 103 ACP 1967 menetapkan cukai perlu dijelaskan dalam tempoh yang

ditetapkan. Kenaikan cukai sebanyak 10% akan dikenakan atas kegagalan

membuat bayaran. Jika bayaran masih tidak dibuat dalam tempoh 60 hari daripada

tarikh kenaikan cukai 10% dikenakan, penalti sebanyak 5% lagi akan dikenakan.

Semakan Audit mendapati seramai 22 pembayar cukai yang melibatkan 56 kes

mempunyai tunggakan cukai tetapi tidak dikenakan kenaikan cukai dan penalti

berjumlah RM129,589 dan 2 (100%) pembayar cukai yang melibatkan 3 kes

terkurang dikenakan kenaikan cukai berjumlah RM1,822.

Pemantauan berterusan terhadap kes-kes akan diambil oleh

Jabatan Inspektorat.

Berdasarkan maklum balas daripada LHDNM, Sistem Pengurusan Hasil [Revenue

Management System - (ReMS)] telah digunakan mulai tahun 2008 untuk

pemantauan debit akhir tahun dan mulai Ogos 2009 untuk pemantauan debit

69

69

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!