02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)

Perenggan 8 : Pengurusan Aktiviti Audit Meja Di Cawangan Tidak Bermastautin

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

8.5.1.1 Pencapaian KPI Cawangan Tidak Bermastautin

LHDNM menetapkan Key Performance Indicator (KPI) audit meja bagi tahun 2010

dan 2011 berdasarkan kepada bilangan pegawai yang diisi, peratus tumpuan masa

dan norma kerja setahun. Adalah didapati pencapaian KPI tidak menepati sasaran

yang ditetapkan untuk tahun 2010 di mana peratus pencapaian fail kategori

syarikat, individu OG dan SG hanya sebanyak 51.5%, 63.7% dan 41.2% masingmasingnya.

Bagaimanapun, sasaran KPI dapat dicapai pada tahun 2011 dengan

peratusan penyelesaian fail kategori syarikat sebanyak 109.5%, fail kategori

individu OG sebanyak 104.8% dan SG sebanyak 100.9%.

Pemantauan pencapaian KPI dilaksanakan secara berterusan

oleh Jabatan Pematuhan Cukai dan cawangan melalui laporan

pencapaian KPI bulanan.

8.5.2.1 Kelewatan Tempoh Pendaftaran Kes Audit Meja

Bagi kes yang diterima daripada Pengurus Audit, ia hendaklah didaftarkan dalam

tempoh 7 hari bagi kategori syarikat dan 14 hari bagi kategori individu.

Bagaimanapun, semakan Audit mendapati sebanyak 23 kes (50%) kategori syarikat

dan 103 kes (66.9%) kategori individu (OG dan SG) telah didaftarkan melebihi

tempoh yang ditetapkan. Sebanyak 126 kes (63%) kes lewat didaftarkan selepas

menerima kes daripada Pengurus Audit melibatkan penyelesaian cukai berjumlah

RM2.42 juta

Tindakan pemantauan dan kawalan dalaman (Cawangan)

berterusan.

8.5.2.2 Kelewatan Tempoh Penyelesaian Kes Audit Meja

Berdasarkan Standard Kualiti Audit Meja yang berkuat kuasa mulai 19 Ogos 2009,

setiap kes audit meja hendaklah diselesaikan dalam tempoh 104 hari. Semakan

Audit mendapati sebanyak 184 kes (92.0%) kategori syarikat dan individu (OG)

telah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan manakala sebanyak 16 kes

(8.0%) telah diselesaikan melebihi tempoh yang ditetapkan. Kes yang tidak dapat

diselesaikan mengikut tempoh ini akan menyebabkan notis taksiran tambahan lewat

dikeluarkan dan berlaku kelewatan mengutip cukai yang sepatutnya diterima lebih

awal. Kelewatan menyelesaikan kes adalah antara 9 hingga 272 hari dan ia

Tindakan pemantauan berterusan oleh Cawangan dan Jabatan

Pematuhan Cukai.

68

68

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!