02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

7.5.3 Tindakan Pengesanan Tidak Dibuat Terhadap Maklumat Pemilik Hartanah

Unit Pengesanan bertanggungjawab mengesan individu yang layak membayar

cukai pendapatan di setiap Cawangan dengan merujuk kepada maklumat yang

diterima dari pihak ketiga selain daripada maklumat dalaman seperti maklumat

PDS15 dan eSTAMPS yang disalurkan ke Sistem Maklumat Unit Pengesanan

(SMUP). Maklumat ini digunakan untuk mengesan individu yang layak untuk

didaftar sebagai Pembayar Cukai.

Semakan Audit terhadap 945 maklumat individu yang diterima melalui PDS 15 dan

eSTAMPS dan tidak mempunyai fail cukai pendapatan mendapati 874 (92.5%)

maklumat ini tidak dijalankan tindakan pengesanan untuk pendaftaran fail oleh Unit

Pengesanan dengan julat nilai perolehan harta antara RM0.10 juta hingga RM7.10

juta. Tindakan pengesanan juga tidak dijalankan terhadap 211 (93.8%) daripada

225 pemilik kenderaan berkapasiti 2000 cc ke atas yang tidak mempunyai fail cukai

pendapatan. Ini boleh mengakibatkan pemilik hartanah yang layak dikenakan cukai

tidak dikesan dan terlepas daripada melaksanakan tanggungjawab sebagai

pembayar cukai.

Berdasarkan maklum balas LHDNM, Cawangan LHDNM mengalami kekurangan

tenaga pekerja untuk memasukkan data berkenaan dan mengambil tindakan yang

sepatutnya seperti mendapat, memproses dan memasukkan maklumat ke dalam

SMUP seterusnya mendaftarkan fail. Selain itu, ketiadaan sistem pemprosesan

maklumat yang sistematik untuk mengenal pasti pembayar cukai yang layak

didaftarkan fail berdasarkan maklumat pihak ketiga yang dimasukkan ke gudang

data juga boleh mengakibatkan tindakan pengesanan tidak dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Jabatan Pematuhan Cukai (JPC) telah mula mengguna pakai

CMS Pengesanan yang juga merupakan sistem Data Mining untuk membolehkan

mereka yang berisiko dapat dikenal pasti melalui pemilikan aset mereka untuk

diambil tindakan sama ada untuk didaftar fail ataupun diaudit.

Pada pendapat Audit, tindakan pengesanan perlu diambil segera bagi mengelak

daripada berlakunya pelarian cukai oleh individu yang layak membayar cukai

pendapatan.

Seterusnya untuk mengenalpasti individu yang layak dikenakan

cukai secara sistematik, mulai Februari 2012 JPC telah mula

menggunapakai sistem CMS Pengesanan yang juga merupakan

sistem Data Mining untuk membolehkan mereka yang berisiko

dapat dikenalpasti melalui pemilikan aset mereka untuk diambil

tindakan sama ada untuk didaftar fail ataupun diaudit.

Bagi menangani masalah kekurangan tenaga kerja, cawangan

telah diluluskan oleh Jabatan Sumber Manusia untuk mula

mengambil pegawai sambilan mulai Julai 2012.

Di Jabatan Pematuhan atau Bahagian Pengesanan dan Audit

PCB khususnya, seramai 6 orang pegawai Gred 31 baru

ditempatkan mulai 1 Mac 2012 bagi memantau proses

pengumpulan dan pemprosesan maklumat di peringkat

cawangan.

Semakan telah dibuat ke atas sampel kes didapati mungkin kes

telah pun berdaftar dengan LHDNM tetapi disenaraikan sebagai

tidak mempunyai fail cukai pendapatan. Ini disebabkan jika

pembayar cukai menggunakan nombor paspot serta ejaan nama

yang berlainan semasa pemerolehan aset.

Oleh yang demikian bukan semuanya kes-kes yang disenaraikan

boleh dianggapkan tidak berdaftar dengan LHDNM.

Semakan pemilikan aset kenderaan mewah juga menunjukkan

pemilik telah pun mempunyai fail cukai pendapatan ataupun

telah dikesan sebelum ini.

Seterusnya untuk mengenalpasti individu yang layak dikenakan

cukai secara sistematik, mulai Februari 2012 Jabatan

Pematuhan Cukai telah mula menggunapakai CMS Pengesanan

yang juga merupakan Sistem Data Mining untuk membolehkan

mereka yang berisiko dapat dikenalpasti melalui pemilikan aset

mereka untuk diambil tindakan sama ada untuk didaftar fail

ataupun diaudit.

Kes untuk pendaftaran fail oleh cawangan berdasarkan

maklumat pemilikan harta sedang berjalan secara berterusan

menggunakan Sistem CMS Pengesanan. Kes-kes dipilih untuk

didaftarkan fail berdasarkan kepada ‘threshold’ yang telah

ditetapkan.

65

65

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!