02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

juga merupakan sistem Data Mining untuk membolehkan mereka yang berisiko

dapat dikenal pasti melalui pemilikan aset mereka untuk diambil tindakan sama ada

untuk mendaftarkan fail atau pun diaudit.

Pada pendapat Audit, kemampuan untuk memiliki harta yang bernilai juga

sepatutnya menjadi salah satu daripada kayu pengukur bagi menentukan individu

layak mempunyai fail cukai pendapatan.

7.5.2.1 Pemilik Harta Mempunyai Fail Cukai Pendapatan Tetapi Maklumat Tidak

Diinputkan Ke Dalam Profil Pemilik Harta (Enterprise Taxpayer Profile- ETP)

Maklumat PDS15 serta eSTAMPS yang diterima disalurkan ke ETP dan digunakan

oleh pegawai LHDNM sebagai rujukan dalam melaksanakan pengauditan. Selain itu

ianya juga digunakan sebagai platform untuk perkongsian maklumat antara

Cawangan LHDNM.

Semakan audit terhadap 4,674 pemilik hartanah yang telah melaporkan pemilikan

harta melalui PDS15 dan eSTAMPS serta mempunyai fail cukai pendapatan

mendapati 579 maklumat pemilik hartanah ini tidak diinputkan ke dalam ETP

dengan julat cukai kena bayar antara RM19 hingga RM307,149. Ketiadaan

maklumat di ETP ini boleh memberi kesan terhadap analisis pendapatan yang

dibuat oleh pegawai LHDNM.

7.5.2.2 Selain daripada itu, pihak Audit juga telah menyemak 2,427 maklumat pemilikan

kenderaan oleh individu bagi tahun 2009 hingga 2011 yang diperoleh daripada JPJ

serta mempunyai fail cukai pendapatan.

Hasil semakan Audit mendapati sebanyak 1,180 (48.6%) maklumat individu

tersebut tidak dimuatnaik dalam ETP kerana ketiadaan mekanisme perkongsian

maklumat antara kedua agensi ini dan secara tidak langsung memberi kesan

kepada butiran serta ketepatan maklumat dalam ETP.

Berdasarkan maklum balas, pihak LHDNM sedang menunggu kelulusan dari JPJ

untuk mendapatkan maklumat pemilikan kenderaan. Pihak JPJ, melalui suratnya

bertarikh 23 April 2012, telah memutuskan untuk mengenakan bayaran untuk setiap

rekod. LHDNM telah mengenal pasti sebanyak 4,673,903 rekod yang diperlukan

dari pihak JPJ. Memandangkan ia melibatkan satu jumlah pembayaran yang tinggi

ke atas rekod tersebut, surat permohonan pengecualian bayaran kepada JPJ telah

dikemukakan kepada Ketua Pengarah JPJ pada 31 Mei 2012 oleh LHDNM.

Tindakan dan pemantauan berterusan akan dilaksanakan oleh

Jabatan Pematuhan Cukai.

Memo bertarikh 10 Ogos 2012 telah dikeluarkan ke Unit

Pengesanan di cawangan untuk memantau pengeluaran Surat

Q1 dan Q2 melalui Sistem Maklumat Unit Pengesanan (SMUP).

LHDNM dimaklumkan bahawa permohonan bertarikh

31 Mei 2012 tidak dipertimbangkan oleh JPJ melalui surat

bertarikh 25 Julai 2012. Mesyuarat berhubung perkongsian

maklumat antara LHDNM dengan Jabatan Kerajaan yang

dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Wan Abd Aziz Wan

Abdullah (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) telah diadakan

pada 25 Julai 2012. LHDNM dikehendaki membuat bayaran

kepada JPJ anggaran berjumlah RM 46 juta setahun

( bergantung kepada RM 10.00 satu cabutan data maklumat) .

Tindakan dan pemantauan berterusan akan dilaksanakan oleh

Jabatan Pematuhan Cukai.

Pada pendapat Audit, kerjasama yang erat antara LHDNM dengan pihak luar

terutamanya Agensi Kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dalam

perkongsian maklumat boleh membantu LHDNM memperluaskan asas cukai serta

meningkatkan hasil kutipan cukai.

64

64

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!