02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Selain itu, mulai 1 Januari 2012, pihak LHDNM juga telah mewajibkan syarikat atau

perniagaan di bawah Seksyen 83A ACP 1967 untuk menyatakan semua bayaran

insentif berbentuk tunai dan bukan tunai kepada pengedar atau pengagih melalui

satu penyata yang dikeluarkan kepada penerima insentif berkenaan. Satu salinan

penyata akan disimpan oleh syarikat dan data berkenaan juga perlu dikemukakan

kepada LHDNM.

6.5.2 Pembayar Cukai Tidak/Kurang Melaporkan Pendapatan Fi Dan Komisen

Dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan

ACP 1967 menetapkan bahawa setiap syarikat perniagaan, perkongsian,

pertubuhan dan individu yang mempunyai apa-apa pendapatan perlu melaporkan

kepada LHDNM. Individu hendaklah melaporkan pendapatan yang diterima dalam

borang cukai pendapatan (Borang B/BE) untuk menentukan jumlah cukai kena

bayar bagi tahun taksiran berkenaan.

Semakan Audit terhadap data penerima bayaran fi dan komisen tahun 2008 hingga

2010 berdasarkan sampel maklumat penerima bayaran di dalam SMUP dan jumlah

cukai yang dilaporkan dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan, mendapati perkara

berikut:

Jabatan Pematuhan Cukai telah mengambil tindakan dengan

mengeluarkan memo bertarikh 13 Julai 2012 untuk tindakan

susulan semua cawangan LHDNM.

Kes untuk pendaftaran fail dan audit meja oleh cawangan

sedang berjalan secara berterusan menggunakan Sistem CMS.

Pemantauan berterusan akan dilaksanakan oleh Jabatan

Pematuhan Cukai.

6.5.2.1 Sebanyak 376 kes dengan jumlah pendapatan RM241.17 juta di mana pendapatan

fi dan komisen yang diterima tidak dilaporkan dalam Borang Nyata Cukai

Pendapatan.

6.5.2.2 Sebanyak 73 kes dengan jumlah pendapatan RM104.81 juta di mana pendapatan fi

dan komisen yang diterima tidak dilaporkan dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan

bagi dua tahun taksiran. Manakala sebanyak 37 kes dengan pendapatan fi dan

komisen yang diterima berjumlah RM93.97 juta tidak dilaporkan dalam Borang

tersebut bagi tiga tahun taksiran.

6.5.2.3 Sebanyak 126 kes dengan jumlah pendapatan RM135.22 juta di mana pendapatan

fi dan komisen kurang dilaporkan dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi

tahun taksiran 2008 hingga 2010.

6.5.2.4 Semakan sebanyak 19 kes dengan jumlah pendapatan RM9.23 juta di mana

pendapatan fi dan komisen kurang dilaporkan dalam Borang Nyata Cukai

Pendapatan bagi dua tahun taksiran. Manakala sebanyak 5 kes dengan jumlah

pendapatan RM1.93 juta kurang dilaporkan dalam Borang tersebut bagi tiga tahun

taksiran.

Berdasarkan maklum balas LHDNM, pemilihan kes audit meja adalah

menggunakan kaedah event triggered berdasarkan kod kriteria audit yang telah

ditetapkan dari semasa ke semasa. Kes yang dipilih dengan kaedah ini akan

60

60

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!