02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

5.5.6.2.c

Lelongan Semula

Bagi kes lelongan hartanah di Mahkamah Tinggi yang tidak berjaya, ia akan

dibicarakan semula melalui permohonan Saman Dalam Kamar (SDK) untuk

menurunkan harga rizab hartanah tersebut sebanyak 10 peratus. Bagi kes

berkenaan, Unit Lelongan akan mengklasifikasikan harta tersebut mengikut

keadaan semasa harta berkenaan sama ada berpotensi untuk dijual atau

sebaliknya. Bagi tujuan ini, semakan Audit mendapati BPP tidak mewujudkan

jawatankuasa bagi membincang dan membuat keputusan sama ada kes tersebut

diklasifikasikan sebagai dijual semula atau ditangguh atau harga rizab diturunkan

lagi mengikut keadaan semasa fizikal hartanah. Sehingga tarikh pengauditan, 106

peminjam dengan baki hutang berjumlah RM5.66 juta berpotensi untuk dibuat

lelongan semula tetapi masih dalam tindakan penyediaan permohonan SDK.

Manakala sebanyak 86 peminjam dengan baki hutang berjumlah RM4.63 juta

diklasifikasikan sebagai tidak berpotensi untuk dilelong semula.

Pada pendapat Audit, BPP hendaklah mengambil tindakan segera untuk menutup

akaun peminjam yang berjaya dilelong. Bagi akaun pinjaman yang mempunyai baki

kredit atau debit, tindakan segera hendaklah diambil untuk menyelesaikannya.

Maklum balas BPP menyatakan bahawa semua kes yang tidak berjaya dilelong

telah dibincangkan dalam mesyuarat BPP. Selain itu, BPP juga akan menubuhkan

Jawatankuasa Lelongan

BPP telah menubuhkan Jawatankuasa Kecil Lelongan (dalaman

Seksyen Perundangan) pada 2 Julai 2012.

Fail-fail yang telah berjaya dilelong sedang dalam pelbagai

tindakan seperti pengiraan kos guaman, pembayaran cukai dan

bil serta pengemaskinian akaun peminjam sebelum ianya dapat

ditutup rasmi.

Setakat 31 Ogos 2012, sebanyak 101 fail telah diambil

tindakan seperti mendapatkan Penilaian semula dari JPPH,

memfailkan Saman Dalam Kamar untuk lelongan semula

serta pelaksanaan lelongan awam.

Baki fail dijangka diselesaikan pada Disember 2012. Setakat

31 Ogos 2012, 20 fail (tidak berpotensi untuk dilelong semula)

telah diambil tindakan manakala baki fail dalam semakan semula

oleh Jawatankuasa Kecil Lelongan untuk pengklasifikasian

semula hartanah.

5.5.7 Pelepasan Dokumen Hakmilik

Pelepasan dokumen hak milik dibuat selepas pinjaman diselesaikan atau peminjam

meninggal dunia dengan mengembalikan dokumen gadaian berserta surat hakmilik/

penyerahan hak atau penarikan balik kaveat pendaftar. Mengikut piagam pelanggan

BPP, pelepasan/pemulangan hak milik/penyerahan hak disediakan dalam tempoh

10 hari daripada tarikh penerimaan fail oleh Seksyen Pelepasan Dokumen Hak

Milik. Sekiranya dokumen hak milik yang telah dipos tetapi dikembalikan, BPP akan

berusaha untuk mengesan dan menghubungi peminjam bagi tujuan pengembalian

dokumen berkaitan. Semakan Audit mendapati bagi tempoh tahun 1972 hingga

bulan Oktober 2011, sebanyak 4,543 dokumen hak milik dikembalikan kerana

alamat tidak kemas kini dan disimpan semula

Pada pendapat Audit, BPP boleh mengambil langkah proaktif dengan mengiklankan

nama peminjam yang terlibat dengan proses pengembalian dokumen gadaian ini di

media massa bagi membolehkan peminjam atau waris menuntut dan seterusnya

mengurangkan kos penyimpanan oleh BPP.

Maklum balas BPP menyatakan bahawa sehingga bulan Mei 2012, dokumen

hakmilik yang dikembalikan oleh Pos Malaysia kerana alamat tidak kemas kini telah

Hebahan mengenai pengembalian dokumen hakmilik telah

dibuat pada 18 Januari 2009. Sejumlah 907 senarai nama

peminjam telah disiarkan melalui Utusan Malaysia. Hasil

hebahan tersebut, sejumlah 424 dokumen

hakmilik/penyerahanhak telah dituntut oleh peminjam/waris.

Selebihnya masih belum dituntut sehingga kini.

Berdasarkan keputusan Mesyuarat bersama JPA pada 7 Jun

2012, Bahagian Pasca Perkhidmatan akan membantu bagi

berkongsi alamat yang terdapat dalam sistem JPA bagi

peminjam yang telah berpencen.

BPP telah mengemukakan sebanyak 2,034 senarai nama

pesara kepada JPA bagi tujuan perkongsian alamat. Sehingga

kini, sebanyak 797 alamat telah disemak dan didapati sebanyak

285 alamat adalah sama seperti yang terdapat dalam sistem

BPP, manakala 154 alamat adalah alamat yang berbeza dengan

sistem. Terdapat 358 rekod yang bermasalah seperti tiada

57

57

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!