02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Semakan Audit mendapati 12 pembida masih belum menjelaskan baki bayaran

90% berjumlah RM0.89 juta walaupun telah melebihi 120 hari daripada tarikh

lelongan. Tempoh kelewatan adalah antara 44 hingga 587 hari. Semakan Audit

selanjutnya mendapati BPP belum mengambil tindakan untuk melucut hak seperti

mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 267A Kanun Tanah Negara

menyebabkan permohonan satu perintah baru bagi maksud lelongan semula tidak

dapat dilaksanakan.

Pada pendapat Audit, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) perlu mengeluarkan

surat peringatan kepada pembida supaya menjelaskan baki bayaran dan sebaliknya

sekiranya pembida tidak lagi berminat meneruskan pembelian, tindakan melucut

hak hendaklah diambil dengan segera supaya proses lelongan semula dapat

dijalankan.

Perkara ini telah dimaklumkan semasa Exit Conference.

Setakat 31 Ogos 2012 status fail-fail adalah seperti berikut :

2 fail telah selesai bayaran dalam tempoh masa yang

ditetapkan.

2 fail untuk tindakan lelongan semula (pemfailan Saman

Dalam Kamar).

7 fail telah dilucuthak.

Maklum balas BPP menyatakan bahawa BPP akan menghantar notis peringatan

sebelum tamat tempoh yang ditetapkan dan tindakan lucut hak akan diambil kecuali

bagi kes-kes yang telah mendapat kebenaran dari Mahkamah atau Pejabat Tanah

untuk pelanjutan masa bagi membuat pembayaran. Bagi tujuan penambahbaikan,

BPP akan menghubungi Pembida/Peguam Pembida bagi memberi peringatan untuk

membuat bayaran jumlah baki lelongan.

5.5.6.2.b

Hasil Lelongan Melebihi/Kurang Daripada Baki Hutang

Semakan Audit selanjutnya terhadap 119 (53.4%) daripada 223 hartanah yang

berjaya dilelong mendapati perkara seperti berikut:

i. 64 peminjam masih mempunyai baki pinjaman (baki debit) berjumlah RM2.72

juta kerana hasil lelongan kurang daripada baki hutang dan perlu dikutip balik

daripada peminjam.

ii. 55 peminjam mempunyai baki kredit berjumlah RM1.58 juta kerana hasil

lelongan melebihi baki hutang. Pihak BPP sepatutnya memulangkan lebihan

hasil lelongan kepada peminjam setelah ditolak kos guaman. Bagaimanapun,

semakan Audit selanjutnya mendapati BPP masih belum memulangkan baki

tersebut. Kesan daripada situasi ini, tindakan untuk menutup akaun peminjam

tidak dapat dilaksanakan. Perkara ini berlaku disebabkan fail tersebut masih

belum dikemukakan kepada Unit Akaun untuk dikemaskinikan. Kelewatan ini

disebabkan oleh kekurangan kakitangan di Seksyen Perundangan untuk

membuat dan mengira pelarasan kos guaman.

Maklum balas BPP menyatakan bahawa fail-fail tersebut sedang dalam pelbagai

tindakan seperti pengiraan kos guaman, pembayaran cukai dan bil,

pengemaskinian akaun peminjam dan undang-undang.

BPP kini menunggu bil komisen yang perlu dikemukakan oleh

Mahkamah Tinggi dan juga bil-bil cukai daripada Pejabat Tanah

bagi menentukan kos guaman keseluruhan sebelum

pemulangan baki kredit diproses. Fail-fail dijangka diselesaikan

untuk kos guaman sehingga Jun 2013 kerana proses ini

mengambil masa yang lama serta memerlukan maklum balas

dari mahkamah.

i. Fail-fail baki debit telah dikumpulkan dan penyenaraian

sedang dilakukan untuk dimuktamadkan sebelum dihantar ke

Seksyen Akaun pada akhir September ini.

ii. Daripada 55 fail berkaitan baki kredit hanya 20 fail sahaja yang

sebenarnya melibatkan baki kredit di mana fail-fail berkenaan

sedang dijurnal untuk kos guaman. Manakala baki fail

melibatkan baki debit dan tindakan sama seperti di atas.

56

56

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!