02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

5.5.4.3.b

Penyerahan Dokumen Gadaian/ Penyerahan Hak Oleh Peguam

Pihak BPP tidak menetapkan tempoh masa bagi peguam untuk menyempurna dan

mengembalikan dokumen cagaran/penyerahan hak kepada BPP. Semakan Audit

terhadap 200 dokumen gadaian mendapati peguam mengambil masa antara 3

hingga 4,069 hari untuk mengembalikan dokumen cagaran kepada BPP dari tarikh

dokumen tersebut dihantar kepada peguam.

Maklum balas BPP menyatakan bahawa kelewatan yang berlaku adalah

disebabkan oleh dokumen tidak lengkap yang berlaku di pihak peguam atau

dokumen lewat didaftar oleh peguam ke Pejabat Tanah/Mahkamah Tinggi. Bagi

tujuan penambahbaikan, mulai tahun 2004 BPP telah membuat sekatan bayaran

kemajuan sebanyak 20 peratus bagi memastikan cagaran harta disempurnakan.

Bagi fail-fail sebelum tahun 2004, task force telah diwujudkan bagi memastikan

harta dicagar kepada Kerajaan.

Pada pendapat Audit, pengurusan bayaran pinjaman boleh dipertingkatkan lagi

supaya mencapai Piagam Pelanggan yang ditetapkan dengan memastikan

dokumen cagaran/penyerahan hak disempurnakan dengan segera. Sehubungan

itu, BPP perlu menetapkan tempoh masa bagi peguam mengembalikan dokumen

cagaran/ penyerahan hak setelah harta dicagarkan kepada Kerajaan.

Seksyen Cagaran, BPP telah memasukkan alert system di

dalam Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) yang

sedang dibangunkan bagi membantu memantau peguam yang

masih belum menghantar dokumen cagaran dalam tempoh 1

bulan.

Seksyen Cagaran, BPP juga akan menetapkan pihak peguam

menghantar dokumen cagaran dalam masa 3 bulan bagi

peguam mengembalikan dokumen cagaran setelah didaftarkan

di Pejabat Tanah/Mahkamah Tinggi yang kebiasaannya

mengambil masa yang agak lama untuk didaftarkan. Bagi pihak

BPP hal ini di luar kawalan.

Bermula 1 Januari 2012 hingga 31 Ogos 2012, task force yang

dijalankan telah berjaya memastikan 3,882 geran telah dicagar

kepada kerajaan.

5.5.5.3.b

Kelewatan Mengeluarkan Arahan Potongan Gaji (APG)

Analisis Audit terhadap data Sistem Pengurusan Peminjam (SPP) mendapati BPP

lewat mengeluarkan APG kepada 108,658 peminjam antara 19 hingga 345 bulan.

Sebanyak 50 sampel telah dipilih untuk semakan lanjut dan didapati 45 (90%)

sampel tersebut telah lewat dikeluarkan APG antara satu hingga 142 bulan.

Kelewatan ini telah menyumbang kepada kelewatan bayaran balik pinjaman dan

seterusnya menyebabkan Kerajaan lewat mendapat hasil daripada faedah yang

dikenakan.

Sebanyak 512 APG telah dikeluarkan kepada agensi/jabatan

pada akhir Jun 2012. Tindakan selesai.

BPP memaklumkan bahawa sehingga bulan Mei 2012, hanya 512 peminjam yang

belum dikeluarkan Arahan Potongan Gaji dan perkara ini dijangka dapat

diselesaikan pada bulan Jun 2012. Kelewatan mengeluarkan APG adalah

disebabkan BPP perlu menyemak terlebih dahulu setiap fail bagi tujuan

pengesahan. BPP telah membuat penambahbaikan di mana mulai bulan Februari

2012 pengeluaran Arahan Potongan Gaji adalah berdasarkan Laporan Senarai

Peminjam Tiada APG tanpa perlu merujuk kepada fail dan seterusnya dicantumkan

ke dalam fail peminjam. Selain itu, BPP telah melaksanakan potongan gaji terus

secara online melalui Jabatan Akauntan Negara tanpa perlu diproses di Jabatan

peminjam.

51

51

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!