02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Mengikut maklum balas BPP, kelewatan meluluskan permohonan pinjaman

disebabkan peminjam gagal mengemukakan permohonan yang lengkap dan

pertanyaan perlu dikeluarkan oleh BPP kepada peminjam supaya

melengkapkannya. Di samping itu, masalah pada sistem juga menyumbang kepada

tempoh kelewatan tersebut. Bagi akaun pinjaman jenis VI, sistem menunjukkan

tarikh penerimaan permohonan pinjaman pembelian tanah manakala tarikh

kelulusan adalah bagi pinjaman untuk membina rumah. Bagi tujuan

penambahbaikan, Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) dibangunkan di

mana permohonan pinjaman secara online dapat mengatasi masalah tarikh

penerimaan dan tarikh kelulusan pinjaman.

5.5.4.2 Seksyen Cagaran, BPP bertanggungjawab menyedia, mengeluar dan memproses

dokumen cagaran/gadaian untuk membolehkan harta dicagar kepada Kerajaan dan

seterusnya membolehkan bayaran pinjaman dikeluarkan kepada penjual/pemaju.

Mengikut syarat pinjaman, peminjam hendaklah mengemukakan Surat Setuju

Terima (SST) bersama dengan Borang Gadaian kepada BPP dalam tempoh 3

bulan daripada tarikh surat kelulusan pinjaman. Sekiranya syarat ini tidak dipatuhi,

kelulusan pinjaman/pembiayaan tersebut akan ditahan atau ditarik balik. Sehingga

tarikh pengauditan, BPP hanya dapat menjana Laporan Jumlah Harta Belum

Dicagar/Gadai bagi tempoh tahun 1980 hingga 2009 kerana permohonan tahun

2010 dan 2011 belum diambil kira sebagai lewat untuk dicagar/gadai. Semakan

Audit terhadap laporan berkenaan mendapati sebanyak 15,209 hartanah belum

dicagarkan/digadai

Seksyen Cagaran, BPP (Unit Susulan) telah memulakan 'task

force' harta belum dicagar atau digadai mulai April 2010. Baki

hartanah yang belum dicagar sehingga 31 Ogos 2012

adalah sebanyak 11,327.

5.5.4.3.a

Penerimaan Dokumen Gadaian/ Penyerahan Hak Lewat Diproses Oleh BPP

Mengikut Piagam Pelanggan BPP, Seksyen Cagaran akan menyempurnakan

penerimaan gadaian/penyerahan hak dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh

dokumen diterima. Borang cagaran yang diterima akan disemak bersama dengan

SST untuk didaftarkan dan diproses serta dikembalikan kepada peguam untuk

memindah milik harta tersebut kepada Kerajaan. Dokumen yang telah

disempurnakan oleh peguam akan dikembalikan dan didaftarkan semula dalam

Sistem Buku Daftar Cagaran (SBDC) dengan diberi nombor simpanan untuk

disimpan dalam Bilik Geran. Semakan Audit terhadap 200 dokumen gadaian

mendapati sebanyak 11 (5.5%) dokumen gadaian/penyerahan hak lewat diproses

antara 7 hingga 36 hari dari tarikh dokumen diterima.

Kemudahan alert system dalam SPPB telah disediakan bagi

mengenalpasti hartanah yang belum sempurna dicagar /digadai

dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh penerimaan Borang E.

BPP memaklumkan bahawa kelewatan adalah disebabkan oleh dokumen tidak

lengkap yang berlaku di pihak peguam atau peminjam lewat mengembalikan Surat

Setuju Terima Tawaran (Borang E).

50

50

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!