02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

Perenggan 5 : Pengurusan Pinjaman Perumahan Di Bahagian Pinjaman Perumahan

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

5.5.2.1 Akaun Pinjaman Berbaki Kredit

5.5.2.2.a

Semakan Audit mendapati pada tahun 2007, sebanyak 22,486 akaun pinjaman

berbaki kredit dan berkurangan kepada 16,308 akaun pada tahun 2011 dengan baki

kredit berjumlah RM36.71 juta. Ini menunjukkan bahawa BPP telah berhutang

dengan peminjam dan memberikan gambaran yang tidak tepat mengenai pinjaman

belum selesai secara keseluruhannya.

BPP memaklumkan bahawa akaun berbaki kredit adalah disebabkan oleh waris

masih belum mengemukakan Surat Tadbir Harta bagi kes kematian; masih tertakluk

kepada proses perundangan bagi kes lelongan; amaun tambahan pinjaman belum

dikemas kini ke dalam sistem atau masih dalam proses pembatalan kepentingan

polisi insurans yang hanya boleh dibuat pada tahun berikutnya. BPP turut

memaklumkan, tindakan berterusan dan berperingkat sentiasa diambil bagi

memastikan akaun yang berbaki kredit diselesaikan.

Akaun Pinjaman Yang Telah Selesai

Semakan Audit terhadap 452,086 senarai peminjam yang belum menyelesaikan

baki pinjaman di bawah kendalian BPP mendapati 49,224 (10.9%) akaun berbaki

kosong. Semakan terhadap 50 akaun tersebut mendapati peminjam telah

menyelesaikan pinjaman tetapi akaun masih belum ditutup.

Mengikut maklum balas BPP, sehingga bulan Mei 2012 terdapat 12,006 akaun aktif

yang berbaki kosong. Penutupan akaun berbaki kosong mengambil masa

sekurang-kurangnya 2 tahun kerana kekangan sistem yang tidak membenarkan

sebarang pindaan dibuat pada tahun semasa dan kekurangan kakitangan. Bagi

mengatasi masalah ini, task force akan dilaksanakan untuk mengemaskini akaun

dan menutup fail-fail tersebut.

48

48

BPP mencadangkan ulasan di muka surat 51 dipinda seperti

berikut:-

BPP memaklumkan bahawa akaun berbaki kredit adalah

disebabkan oleh waris masih belum mengemukakan Surat

Tadbir Harta bagi kes kematian; masih tertakluk kepada proses

perundangan bagi kes lelongan; amaun tambahan pinjaman

belum dikemaskini ke dalam sistem; masih dalam tindakan

Syarikat Insuran bagi proses pembatalan kepentingan polisi

insuran dan kekangan sistem yang tidak membenarkan

sebarang pindaan dibuat pada tahun semasa. Tindakan

berterusan dan berperingkat sentiasa diambil bagi memastikan

akaun berbaki kredit diselesaikan.

Task Force bagi menyelesaikan Akaun Pinjaman Berbaki Kredit

ini telah dimulakan pada 1 September 2012. Status terkini

bilangan fail yang telah diambil tindakan sehingga

3 September 2012 adalah 116.

Merujuk kepada Mesyuarat Exit Conference Kajian Audit

Pengurusan Pinjaman Perumahan (BPP) bertarikh 10 Mei 2012,

daripada 452,086 senarai peminjam yang belum menyelesaikan

baki pinjaman di bawah kendalian BPP didapati hanya 14,734

atau 3.25% akaun berbaki kosong dan bukannya 49,224

(10.9%).

Task force telah dijalankan dan sehingga 31 Ogos 2012, baki

akaun berbaki kosong yang belum diambil tindakan tutup rasmi

adalah sebanyak 8,841.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!