02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

4.5.4 Pemantauan

Sistem Pemantauan Projek II (SPPII) tidak digunakan oleh UKAS bagi tujuan

pemantauan projek kerana maklumat peruntukan dan perbelanjaan projek hanya

dicatatkan bernilai RM10 sebagai token kepada setiap projek. Semua projek

pembangunan pelancongan Wilayah Ekonomi Koridor diletakkan di bawah satu

butiran iaitu Pembangunan 5 Koridor (butiran Unit Perancang Ekonomi). Bagi

memudahkan pemantauan pihak UKAS telah menyediakan laporan pemantauan

projek secara manual. Pada setiap bulan, laporan prestasi fizikal dan kewangan

projek akan dikemukakan oleh PBK untuk semakan dan pemantauan oleh UKAS.

Perbandingan ke atas rekod prestasi fizikal dan kewangan projek di UKAS dan

maklumat yang dikemukakan oleh PBK mendapati wujud perbezaan di antara

maklumat peruntukan dan perbelanjaan. Bagaimanapun setelah pemerhatian Audit

dibangkitkan, maklumat peruntukan dan perbelanjaan UKAS dan PBK telah

dikemas kini.

Pihak UKAS menyelaras maklumat kewangan / prestasi setiap

15 hari bulan dan menyemak sekiranya terdapat ketidaksamaan

fakta bagi bulan-bulan lepas atau menerusi SPPII.

Isu telah diselesaikan.

Mengikut maklum balas UKAS, UKAS sentiasa mengemas kini maklumat

berkenaan pelaksanaan projek mengenai laporan prestasi fizikal dan kewangan dari

semasa ke semasa bersama-sama dengan semua PBK. Mesyuarat Pemantauan

Pelaksanaan Projek-projek Pembangunan dan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan

Pembangunan UKAS, diadakan secara berkala bersama PBK.

Pada pendapat Audit, maklumat kewangan projek/program mestilah sentiasa

diselaraskan oleh kedua-dua pihak iaitu UKAS sebagai penyelaras projek/program

dan PBK sebagai pelaksana.

47

47

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!