02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

4.5.2 Prestasi Kewangan Program

Sejumlah RM188.86 juta telah diperuntukkan dalam RMKe-9 dan Rolling Plan 1

(2011-2012) RMK-10 bagi pembangunan sektor pelancongan di NCER, ECER dan

SDC dan jumlah tersebut telah disalurkan kepada PBK yang berkenaan. Sehingga

31 Disember 2011, sejumlah RM105.60 juta (55.9%) telah dibelanjakan bagi tujuan

tersebut. Semakan Audit mendapati peratusan perbelanjaan adalah rendah.

Bagaimanapun, ia disebabkan PBK telah berjaya menjimatkan kos tanpa

mengurangkan skop kerja projek selepas kajian semula (value management)

dijalankan.

Sehingga Julai 2012 sebanyak RM149 juta (78%) telah

dibelanjakan bagi projek-projek pelancongan ini.

Pada pendapat Audit, prestasi perbelanjaan untuk melaksanakan projek

pelancongan adalah baik dengan penjimatan kos tanpa mengurangkan skop kerja

projek.

4.5.3 Penilaian Pencapaian Tidak Dilaksanakan

Projek yang dipilih untuk dilaksanakan perlu menjurus ke arah memperkasakan

aktiviti pelancongan dan seterusnya dapat membantu dalam peningkatan

pertumbuhan ekonomi di Wilayah Ekonomi Koridor. Semakan Audit mendapati

projek yang telah dilaksanakan belum memberi impak yang tinggi kepada

peningkatan aktiviti pelancongan dan seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi.

Contohnya, maklumat penambahan bilangan pelancong bagi projek yang

dilaksanakan tidak dapat disediakan oleh PBK yang terlibat. Semakan Audit juga

mendapati terdapat pelbagai kajian dilaksanakan di peringkat awal projek,

bagaimanapun tiada kajian dibuat selepas projek dilaksanakan iaitu bagi

menentukan sejauh mana kejayaan projek telah diperolehi (penilaian outcome).

Kejayaan projek yang dilaksanakan sepatutnya diukur bagi memastikan projek yang

dilaksanakan adalah bersesuaian dan memberi kesan positif kepada pelancong,

masyarakat dan ekonomi kawasan tersebut.

Mengikut maklum balas UKAS, projek PBK ini kebanyakannya lebih bersifat

‘complimentary’ memandangkan agensi utama adalah Kementerian Pelancongan

dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan projek-projek pelancongan dilaksanakan

dengan kerjasama dan persetujuan pihak berkenaan. Projek berkenaan apabila

siap akan diserahkan sepenuhnya kepada PBT/agensi lain untuk operasi dan

penyelenggaraan.

UKAS, JPM dan semua PBK adalah tertakluk kepada pekeliling

ICU, JPM tentang kajian outcome bagi projek-projek yang telah

dilaksanakan.

Bagi NCIA, laporan penilaian keberkesanan projek-projek siap

dibuat dengan kerjasama UUM akan siap pada

30 September 2012.

Bagi ECERDC, sebanyak 7 projek yang telah siap telahpun

dibuat kajian penilaian outcome dan diserahkan kepada

ICU,JPM pada Februari 2012. Manakala bagi projek-projek lain

akan dibuat penilaian outcome secara berperingkat selepas 3

bulan projek-projek tersebut siap.

Bagi SEDIA, penilaian outcome bagi projek-projek telah siap

masih dalam peringkat pengumpulan maklumat dan dijangkakan

pada September 2012 kajian penilaian outcome ini dapat

disiapkan.

Pada pendapat Audit, UKAS perlu memberi penekanan kepada penilaian outcome

bagi memastikan sesuatu projek dapat memberi impak yang positif kepada

peningkatan aktiviti pelancongan dan seterusnya kepada ekonomi Negara. Dengan

cara ini kejayaan projek dan prestasi PBK dapat diukur dengan lebih berkesan.

46

46

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!