02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

68.5.3.3.a.i

Perjanjian Penyewaan Gudang Tidak Diperbaharui

Semakan Audit mendapati sehingga pengauditan selesai, perjanjian tersebut masih

lagi belum diperbaharui. Perkara ini boleh menyebabkan syarikat tidak dapat

melindungi kepentingannya sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Pihak Audit juga selanjutnya mendapati sewaan secara sub-letting ini telah memberi

kesan yang tidak baik kepada MyFranchise di mana didapati NOSB telah gagal

membayar sewa gudang sebanyak RM65,000 kepada pemberi sewa gudang iaitu

Axis REIT Managers Berhad (Axis) sungguhpun jumlah tersebut telah dijelaskan

oleh MyFranchise kepada NOSB. Axis sedang mengambil tindakan undang-undang

terhadap NOSB dan tindakan ini boleh memberi kesan kepada MyFranchise

memandangkan MyFranchise menyewa secara sub-letting dengan NOSB.

Berdasarkan maklum balas MyFranchise, surat bertarikh 23 April 2012 telah

dikemukakan kepada Axis untuk memperbaharui perjanjian sewaan dan juga

mengurangkan keluasan sewaan. MyFranchise dan Axis sedang meneliti perjanjian

sewaan dan akan memuktamadkannya sebelum 30 Jun 2012.

Mulai 31 Julai 2012, pihak pengurusan MyFranchise telah

membuat keputusan untuk menamatkan perjanjian sewaan

dengan pihak Axis. Pihak MyFranchise telah memindahkan

inventori ke bangunan Glomac, Kelana Jaya dan Klang Sentral

iaitu bangunan milik penuh Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Perkara ini telah selesai.

Pada pendapat Audit, pengurusan MyFranchise perlu segera memperbaharui

perjanjian tersebut bagi menjaga kepentingan syarikat.

68.5.3.3.a.ii

Pelupusan Tidak Dibuat Selepas Mendapat Kelulusan Lembaga Pengarah

Lawatan Audit ke gudang tersebut mendapati produk Forest’ Secret yang telah

melebihi tempoh penggunaan atau rosak dan sedang menunggu masa untuk

dilupuskan masih berada di gudang tersebut walaupun pelupusan terhadap produk

yang bernilai RM159,532 tersebut telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah pada

bulan November 2011. Ini menyebabkan ruang penyimpanan gudang tidak dapat

digunakan dengan lebih efektif.

Berdasarkan maklum balas MyFranchise, barang tersebut akan dilupuskan melalui

pihak ketiga mengikut prosedur bahan buangan kimia sebelum 30 Jun 2012.

Perlupusan stok tamat tempoh telah dilaksanakan pada 11 dan

16 Julai 2012 melalui kaedah “tipping” iaitu penghantaran ke

tapak pelupusan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa tempatan

dan diuruskan oleh Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd.

Sijil pelupusan akan dikeluarkan.

Perkara ini telah selesai.

Pada pendapat Audit, pengurusan MyFranchise perlu menyegerakan proses

pelupusan tersebut.

68.5.3.3.b

Pengurusan Fail

Semakan Audit mendapati rekod aktiviti MyFranchise seperti Restoran JomMakan

serta dokumen berkaitan pelaburan dalam NOSB dan RPSB tidak diselenggarakan

dengan teratur. Pihak Audit juga mendapati daftar fail tidak disediakan; fail tidak

mempunyai nombor rujukan dan kertas minit; minit mesyuarat tidak disusun dengan

teratur dan laporan kewangan berkaitan aktiviti juga tidak dikemas kini. Ini

menyebabkan maklumat sukar diperoleh dengan segera. Berdasarkan maklum

balas MyFranchise, sistem fail berpusat akan dilaksanakan secara berperingkat,

Buat masa sekarang MyFranchise telah mengemaskini sistem

fail bermula 1 April 2012 dan penambaikan sistem fail juga telah

mengikut sistem rujukan yang lebih cekap, teratur dan berkesan.

Proses ini akan ditingkatkan dan dipantau dari masa ke semasa

bagi mencapai tujuan tersebut.

Proses mengemaskini dan penambaikan sistem fail dijangka

567

567

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!