02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

kenderaan berat yang melalui kawasan tersebut. Bagi mengelak kejadian

berulang, penghadang konkrit telah dibina di sekelilingnya bagi mengelakkan

kenderaan melalui di atas penutup longkang tersebut dan telah disiapkan pada

12 Mac 2012. Selain itu, kesemua tingkap yang renggang telah siap dibaiki pada

15 Mac 2012. Bagi kes air bertakung dalam bangunan restoran, pihak kontraktor

telah diarah untuk memasang satu ‘transparent prospect’ yang akan diletakkan

di bahagian tebar layar bangunan untuk mengurangkan kesan tempias air hujan.

iii. Lawatan Audit juga mendapati floating pontoon dan tangga di tempat menunggu

jeti tidak disediakan bagi memudahkan pengguna masuk dan keluar dari bot

semasa air pasang/surut.Ini kerana komponen floating pontoon dan tangga tidak

disenaraikan dalam spesifikasi kerja.

Mengikut maklum balas UKAS, pembinaan jeti, penyediaan floating pontoon

atau tangga tidak dinyatakan dalam kontrak asal kerana pihak MPKK

memaklumkan tiada keperluan untuk penyediaan pontoon. Bagaimanapun,

perkara ini telah dimaklumkan semula kepada MPKK untuk menyediakan

kemudahan tersebut.

iv. Keadaan komponen kerja yang tidak memuaskan di Sayong Riverfront, Kuala

Kangsar, Perak semasa lawatan Audit dan selepas tindakan pembaikan yang

telah diambil.

Pada pendapat Audit, sesuatu projek hendaklah dirancang secara menyeluruh bagi

memastikan projek tersebut dapat digunakan dengan sepenuhnya.

4.5.1.2.c

Projek Menaiktaraf Zoo Taiping/Night Safari

Program Pembangunan Taiping Bandar Warisan adalah berkenaan kerja

menaiktaraf Zoo Taiping/Night Safari. Projek ini melibatkan pembinaan bangunan

pentadbiran/laluan berbumbung, sistem pencahayaan dan papan tanda. Projek ini

yang bernilai RM3.96 juta telah siap 99 peratus setakat 21 November 2011.

Bagaimanapun, lawatan Audit pada 22 November 2011 mendapati beberapa

komponen kerja yang tidak memuaskan seperti kabel utama elektrik di jejantas

laluan pejabat baru tergantung dan papan tanda berlampu bagi Night Safari belum

dipasang. Sehubungan itu, keadaan kabel utama elektrik yang tergantung boleh

membahayakan pengguna.

Isu telah diselesaikan.

Mengikut maklum balas UKAS, laluan kabel elektrik yang tergantung telah

dimasukkan ke dalam sesalur (conduit) elektrik oleh pihak TNB pada

29 Februari 2012. Papan tanda yang tidak dipasang adalah disebabkan kesilapan

ejaan. Selepas cetakan semula, papan tanda telah dipasang sepenuhnya pada

12 Mac 2012.

45

45

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!