02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Pada pendapat Audit, pihak pengurusan syarikat perlu memastikan semua

pelaburan yang dibuat adalah mengikut polisi dan garis panduan pelaburan yang

telah ditetapkan untuk menjamin kepentingan syarikat.

68.5.2.2.d.ii

Pulangan Pelaburan Tidak Mengikut Perjanjian

Semakan Audit mendapati sehingga 31 Disember 2011, MyFranchise hanya

menerima dividen berjumlah RM107,003 daripada NOSB. Ini disebabkan NOSB

tidak mendapat keuntungan dan tidak mampu untuk membayar dividen kepada

MyFranchise.

Berdasarkan maklum balas MyFranchise, kajian kemungkinan telah dilakukan

sebelum melabur dalam NOSB sepertimana dalam kertas cadangan pelaburan

pada 3 April 2006 serta dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah.

Pelaburan ini juga telah diluluskan di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah PNS

yang ke 238 pada 30 Mei 2006.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MyFranchise yang telah

diadakan pada 30 Julai 2012 telah memperakukan permohonan

daripada pihak ke-3 untuk mengambilalih NOSB. Keputusan

kelulusan akan dibuat di Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah

PNS pada 08 Ogos 2012.

Proses penjualan dijangka selesai pada 31 Disember 2012.

68.5.3.2 Pematuhan Terhadap Peraturan Pengurusan Dan Kewangan Syarikat

Semakan Audit mendapati MyFranchise tidak menubuhkan Jawatankuasa Audit

dan pihak Audit dimaklumkan tanggungjawab tersebut dilaksanakan melalui

Jawatankuasa Audit syarikat induknya iaitu PNS. Selain itu, pihak Audit juga

mendapati Setiausaha Jawatankuasa Audit PNS adalah setiausaha syarikat PNS

yang berkelulusan undang-undang, manakala wakil Unit Audit Dalam hanya

dipanggil atas jemputan sahaja bukannya sebagai Ahli Jawatankuasa Audit.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PNS pada 08 Ogos 2012

telah mengambil maklum terhadap penukaran Setiausaha

Jawatankuasa Audit Risiko Lembaga Pengarah (BARC)

daripada Setiausaha Syarikat kepada Ketua Audit Dalaman bagi

memenuhi dan mematuhi keperluan Menteri Kewangan

(Diperbadankan).

Pada pendapat Audit, selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun

1993, Pengurus Unit Audit Dalam PNS perlulah dilantik sebagai Setiausaha

Jawatankuasa Audit.

Berdasarkan maklum balas MyFranchise, penemuan Audit telah dibentangkan di

Mesyuarat Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah dan keputusan telah dibuat

untuk mengekalkan Setiausaha Syarikat sebagai setiausaha kepada Jawatankuasa

Audit. Memandangkan Ahli Jawatankuasa Audit terdiri daripada Ahli Lembaga

Pengarah PNS dan Setiausaha Syarikat merupakan setiausaha kepada kesemua

mesyuarat Lembaga Pengarah, adalah lebih efektif dan efisien jika Setiausaha

Syarikat juga merupakan setiausaha kepada Jawatankuasa Audit. PNS akan

memohon pengecualian dari Kementerian Kewangan dari mematuhi Pekeliling

tersebut.

566

566

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!