02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

telah memperakukan untuk melupuskan keseluruhan ekuiti

dalam FSSB kepada Perak Agro Corporation Sdn Bhd (Anak

syarikat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak).

Keputusan kelulusan akan dibuat di Mesyuarat Ahli Lembaga

Pengarah PNS pada 08 Ogos 2012.

Bermula pada tahun 2012, MyFranchise telah mengenalpasti

pembangunan perniagaan Gloria Jeans Coffees sebagai aktiviti

utama.

Kini MyFranchise telah melahirkan 15 franchaisee dan akan

menambah lagi 8 franchaisee sehingga akhir tahun 2012. WLSB

juga mensasarkan 50 franchaisee sehingga akhir tahun 2015.

Mesyuarat Lembaga Pengarah PNS pada 8 Ogos 2012 telah

mengambil maklum terhadap Tawaran Tender bagi Penawaran

Jualan Saham Biasa Forest’Secret. Setelah dipertimbangkan,

Lembaga Pengarah meluluskan penjualan saham biasa kepada

pembida Perak Agro Corporation Sdn Bhd berdasarkan kepada

terma-terma dan syarat-syarat seperti berikut:-

i. harga tawaran berjumlah RM1juta bagi penjualan 100% saham

biasa FSSB;

ii. bayaran terus kepada PNS (outright payment).

68.5.2.2.a.ii

Restoran JomMakan

Semakan Audit mendapati sehingga 31 Disember 2011, 2 outlet prototaip dibuka

iaitu di London dan Tokyo manakala prototaip restoran di New York tidak

dilaksanakan.

Berdasarkan Laporan Akhir tentang keberkesanan Program Malaysia Kitchen oleh

konsultan bagi pihak Unit Perancang Ekonomi, kegagalan JomMakan di London

dan Tokyo adalah disebabkan lokasi yang tidak strategik, pengusaha yang tidak

berpengalaman dalam perniagaan makanan, menu yang terlalu banyak, harga yang

tidak berpatutan, kualiti dan rasa makanan yang kurang enak. Selain itu, kedua-dua

restoran prototaip tersebut belum bersedia untuk difrancaiskan. Justeru itu,

Kerajaan telah memutuskan supaya usahasama antara Kerajaan dan entiti swasta

tidak dibenarkan dalam menjalankan perniagaan restoran dan ekuiti Kerajaan

dalam restoran prototaip JomMakan dilupuskan kepada pihak swasta yang

berminat. Semakan Audit selanjutnya mendapati outlet di London telah dijual pada

6 Januari 2012 manakala outlet di Tokyo telah pun ditutup.

JomMakan yang dikendalikan oleh PNS secara dasar telah

dipindahkan ke MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa

dan Industri) dan dengan ini MyFranchise tidak lagi terlibat

secara langsung dengan Program Malaysia Kitchen.

563

563

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!