02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN II

PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN

Perenggan 68 : Pengurusan Syarikat Malaysia International Franchise Sdn. Bhd

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

68.5.1 Prestasi Kewangan

Pada pendapat Audit, secara keseluruhannya prestasi kewangan MyFranchise bagi

tahun 2008 hingga 2010 adalah kurang memuaskan. MyFranchise tidak menjana

keuntungan operasi serta tidak mencatat pulangan bagi setiap ringgit modal yang

dilaburkan oleh pemegang saham. Ini kerana MyFranchise tidak mempunyai

pendapatan daripada aktiviti utamanya disebabkan semua pelaburan yang

dibuatnya mengalami kerugian dan hanya bergantung kepada suntikan dana oleh

syarikat induk iaitu PNS.

Bagi tahun kewangan setakat 30 Jun 2012, jumlah pendapatan

yang berjaya dijanakan ialah RM114 ribu melalui sewaan

bangunan milik MyFranchise di Dana Satu, Kelana Jaya.

Jumlah kerugian yang dicatatkan setakat 30 Jun 2012 telah

berkurangan sebanyak 19% kepada RM462 ribu jika

dibandingkan dengan Tahun Kewangan 2011 (30 Jun 2011) iaitu

berjumlah RM567 ribu.

68.5.2.1 Prestasi Aktiviti

Semakan Audit mendapati 6 daripada 7 syarikat subsidiarinya dan 2 pelaburan

dalam syarikat francaisor tempatan telah mengalami kerugian terkumpul setakat 31

Disember 2010 berjumlah RM40.97 juta. Adalah juga didapati juga MyFranchise

sedang dalam proses menjual dan melupuskan sebahagian daripada pelaburannya.

Pada pendapat Audit prestasi aktiviti MyFranchise adalah kurang memuaskan

kerana kesemua syarikat subsidiari mengalami kerugian dan sebahagian pelaburan

yang dibuat telah dijual atau dilupuskan.

Pada Tahun Kewangan setakat 30 Jun 2012, kesemua syarikat

subsidiari telah mengalami peningkatan dalam jumlah

keuntungan atau berjaya mengurangkan jumlah kerugian.

Wonderful Lifestyle Sdn Bhd (WLSB) telah mencatat keuntungan

sebanyak RM91 Ribu berbanding kerugian RM7 Ribu pada 30

Jun 2011. Peningkatan positif lebih daripada 100% pada Tahun

Kewangan 2012.

Benua Harapan Sdn Bhd (BHSB) juga telah menunjukkan

peningkatan prestasi kewangan. Pada 30 Jun 2012 kerugian

yang dicatatkan oleh BHSB ialah sebanyak RM366 Ribu

berbanding RM613 Ribu pada 30 Jun 2011. Peningkatan positif

sebanyak 40% pada Tahun Kewangan 2012.

Pada 30 Jun 2012 jumlah kerugian yang dicatatkan oleh FSSB

ialah sebanyak RM363 berbanding RM1.2 Juta pada 30 Jun

2011. Peningkatan positif 70% turut berlaku pada Tahun

Kewangan 2012. Namun demikian Mesyuarat Ahli Lembaga

Pengarah MyFranchise yang telah diadakan pada 30 Julai 2012

562

562

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!