02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

67.5.3.4.b.ii

Aset Tidak Dapat Dikesan

Pemeriksaan Audit ke atas 10 aset di bawah kawalan UHB mendapati ianya tiada di

lokasi seperti yang direkodkan dalam Daftar Aset. Keadaan ini berlaku kerana

perpindahan/ pergerakan harta tetap tidak dimaklumkan kepada Unit Pembelian

bagi tujuan mengemas kini rekod harta tetap (peralatan pejabat) di dalam Sistem

Harta Tetap dan Sistem Kewangan Kedudukan Aset.

Berdasarkan maklum balas UHB, perpindahan aset yang tidak dimaklumkan

kepada Unit Pembelian adalah antara punca aset tersebut tidak dapat dikesan. Unit

Pembelian sedang mengesan aset tersebut dan mengemas kini di dalam sistem

Century dengan maklumat yang terkini. Pada masa hadapan, Unit Pembelian akan

memastikan pemantauan berkala secara berterusan dibuat supaya aset yang

didaftarkan wujud dan direkodkan dari masa ke semasa.

Semakan harta tetap di ibu pejabat secara menyeluruh telah

dibuat pada bulan Jun 2012 yang mana kesemua 10 aset ini

tidak dapat dikesan. Unit Pembelian mencadangkan aset-aset ini

dilupuskan dan akan mengemukakan kertas kerja pelupusan

kepada Ahli Jawatankuasa Pelupusan Harta UDA untuk

mendapatkan kelulusan. Pihak UDA juga akan menambah baik

sistem pengurusan aset sebelum penghujung tahun ini bagi

memantapkan pengurusan aset.

Kertas kerja bagi melupuskan aset sedang dalam proses

kelulusan dan dijangka selesai selewat-lewatnya pada 30

September 2012.

Pada pendapat Audit, UHB perlu memastikan rekod penyenggaraan aset sentiasa

dikemas kini. Aset hendaklah dilabel sebagaimana dinyatakan dalam manual

operasi syarikat. Ini boleh mengelakkan daripada berlakunya kehilangan ke atas

aset.

67.5.3.6.a

Pengurusan Syarikat Subsidiari – Pinjaman Oleh Syarikat Subsidiari

Semakan Audit mendapati 3 daripada 6 syarikat subsidiari yang menerima

pendahuluan pinjaman daripada UHB masih mempunyai baki tertunggak sehingga

31 Disember 2011. Syarikat subsidiari tersebut adalah Dermuda Sdn. Bhd.

berjumlah RM0.61 juta, UDA Land (East) Sdn. Bhd. RM0.76 juta dan Tropical Island

Resort Sdn. Bhd. (TIRSB) RM7.65 juta.

Telah dilaksana seperti yang dinyatakan.

Menurut maklum balas yang diterima, semua pinjaman yang dibuat oleh syarikat

subsidiari dikenakan faedah selaras dengan Piawaian Laporan Kewangan (FRS).

Bagaimanapun, pinjaman yang dibuat sebelum tahun 2011 tidak dikenakan faedah.

67.5.3.6.b.ii

Pembayaran Dividen Oleh Syarikat Subsidiari

Didapati sebanyak 10, 10 dan 16 syarikat subsidiari yang mencatat keuntungan

pada tahun 2008, 2009 dan 2010 masing-masingnya tidak membuat bayaran

dividen kepada UHB bagi 3 tahun berkenaan. Manakala 2 sub-subsidiari yang

mencatat keuntungan sama ada pada tahun 2009 atau 2010 juga tidak membuat

bayaran dividen kepada subsidiari UHB yang berkenaan. Menurut maklum balas

yang diterima, UHB akan memastikan syarikat subsidiari dan sub-subsidiari yang

mempunyai keuntungan dan aliran tunai yang kukuh membuat bayaran dividen

kepada syarikat induk. Bagaimanapun, bayaran dividen bergantung kepada

kedudukan aliran tunai syarikat tersebut.

Pihak Bahagian Kewangan sedang meneliti kedudukan

kewangan syarikat subsidiari dan sub-subsidiari serta menilai

kemampuan kewangan mereka untuk membayar dividen.

Permohonan pengecualian bayaran dividen bagi syarikatsyarikat

subsidiari dan sub-subsidiari yang tidak mampu, akan

dikemukakan kepada pihak Kementerian selewat-lewatnya pada

30 September 2012. Pihak UDA juga akan menyediakan polisi

pembayaran dividen oleh anak syarikat sebelum penghujung

tahun 2012 bagi memantapkan polisi dan peraturan syarikat.

560

560

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!