02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Berdasarkan maklum balas UHB, tindakan undang-undang sedang diambil

terhadap bekas Pengarah Urusan setelah beberapa surat tuntutan yang

dikemukakan kepada beliau tidak mendapat maklum balas.

Pada pendapat Audit, kelewatan mengambil tindakan yang tegas di peringkat awal

menyebabkan penggunaan kad kredit untuk tujuan peribadi berlarutan. Tindakan

serta merta sepatutnya diambil oleh Lembaga Pengarah UHB terhadap pemegang

kad tersebut setelah menyedari berlaku penyalahgunaannya untuk tujuan peribadi

dan melanggar polisi yang ditetapkan tanpa mengira gred jawatan.

Buat masa ini ianya dalam peringkat pengurusan kes. Pihak

UDA pada 12 Jun 2012 memohon Penghakiman Terus(summary

judgment). Lanjutan dari itu pihak mahkamah telah

mengarahkan DJAH menfailkan affidavit balasan dalam tempoh

14 hari dari 9 Julai 2012.

Pihak DJAH telah menfailkan affidavit balasan pada 23 Julai

2012.

Pihak mahkamah pada 3 Ogos 2012 telah memutuskan supaya

permohonan summary judgment dari UDA didengar pada

17.8.2012.

Pihak UDA akan menyusuli perkara ini sehingga tuntutan

mahkamah diselesaikan.

Mahkamah menetapkan 18 September 2012 untuk merekod

Penghakiman Persetujuan (Consent Judgement) dan 29

September 2012 untuk perbicaraan sekiranya UDA dan

defenden tidak mencapai persetujuan semasa Penghakiman

Persetujuan.

67.5.3.4.a

Pengurusan Aset – Daftar Aset Tetap

Semakan Audit mendapati maklumat harta tetap yang telah disenaraikan untuk

pelupusan masih wujud di dalam sistem Daftar Aset Tetap (DAT) UHB. Ketiadaan

maklumat yang lengkap dan tepat ini menyukarkan rujukan bagi pengenaan susut

nilai, penggantian aset, penilaian aset serta urusan insurans aset tersebut.

Menurut maklum balas yang diterima, UHB akan memastikan segala maklumat aset

tetap sentiasa dipantau dan dikemas kini dengan lengkap dan tepat. Tindakan juga

telah diambil bagi menggunakan sistem Century sahaja dan menamatkan

penggunaan sistem DAT.

Mesyuarat Unit Pembelian pada 19 April 2012 telah bersetuju

untuk menyelaras Sistem DAT dan Century dengan kerjasama

Bahagian Kewangan. Pada masa ini semua aset baru telah

didaftarkan di dalam Sistem Century.

UDA telah menggunakan Sistem Century untuk merekod butiran

semua aset syarikat. Isu telah selesai.

67.5.3.4.b.i

Pemeriksaan Fizikal Terhadap Aset – Pelabelan Kod Harta Tetap

Semakan Audit mendapati 35 aset pelbagai tidak ditandakan dengan nombor kod

pendaftaran/pengenalan. Ini boleh menyebabkan kedudukan fizikal dan lokasi

sebenar aset tidak dapat ditentukan sama ada masih wujud, boleh digunakan,

hilang, rosak atau tidak ekonomi untuk dibaiki.

Menurut maklum balas yang diterima, label nombor kod pendaftaran/pengenalan

pada aset tersebut disyaki telah tertanggal. Unit Pembelian telah membuat dan

melekat semula label yang baru pada aset tersebut.

Kerja-kerja melabel semula aset-aset di Banglo Port Dickson

telah pun dilaksanakan pada 3 & 4 Mei 2012. Kerja-kerja

melabel semula aset-aset di Ibu Pejabat juga telah pun

dilaksanakan pada 11 Mei 2012.

Kerja-kerja melabel semua aset syarikat telah disempurnakan

pada 10 Ogos 2012. Isu telah selesai.

559

559

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!