02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

67.5.3.2 Pembayaran Dividen

Semakan Audit mendapati bagi tahun 2008 dan 2010, UHB tidak membayar dividen

kepada Kerajaan walaupun mencatat keuntungan operasinya bagi tahun 2008 dan

2010. Memandangkan UHB masih mengalami kekangan aliran tunai bagi

menampung perancangan dan pembangunan projek di bawah UDA Urban, UDA

Land dan penambahbaikan serta pengubahsuaian kompleks perniagaan sedia ada,

maka Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 1/2010 bertarikh 11 Mac 2010, bersetuju

supaya UHB tidak membayar dividen kepada Kementerian Kewangan bagi tahun

2010. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati tiada bukti menunjukkan bahawa

kelulusan pengecualian bayaran dividen ini diperolehi daripada Kementerian

Kewangan.

Perkara ini dalam tindakan Kementerian Kewangan untuk

kelulusan bagi meratifikasikan pengecualian dividen ini.

Menurut maklum balas yang diterima, Bahagian Kewangan telah mengemukakan

surat memohon kelulusan pengecualian bayaran dividen bagi tahun 2008 dan 2010

kepada Kementerian Kewangan pada 26 April 2012.

67.5.3.3.a

67.5.3.3.b

67.5.3.3.c

Penggunaan Kad Kredit Korporat

Semakan Audit mendapati Pengarah Urusan pada waktu itu telah menggunakan

kad kredit ini bagi tujuan peribadi dan tidak berkaitan dengan perniagaan UHB yang

berjumlah RM808,386. Ini adalah bertentangan dengan polisi yang ditetapkan oleh

UHB.

Polisi tersebut juga menghendaki pemegang kad untuk mengemukakan tuntutan

bagi perbelanjaan rasmi berserta dengan dokumen sokongan dan membayar

semula perbelanjaan peribadi kepada Bahagian Kewangan UHB. Manakala para 4

(d) menyatakan tindakan memotong gaji akan diambil terhadap pemegang kad

yang gagal menjelaskan semua tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan.

Semakan Audit mendapati bekas Pengarah Urusan masih mempunyai baki

tunggakan perbelanjaan kad kredit korporat dan pendahuluan berjumlah

RM805,954. Semakan selanjutnya mendapati perbelanjaan untuk tujuan peribadi

telah mula dilakukan sejak 20 Oktober 2008. Pada bulan September 2009,

Bahagian Kewangan dan Unit Audit Dalam UHB telah membincangkan kaedah

penyelesaian tunggakan pada ketika itu yang berjumlah RM314,884. Pihak

Lembaga Pengarah melalui Pengerusi Jawatankuasa Audit telah mula bertindak

seawal bulan Mac 2010 dengan menasihati Pengarah Urusan tersebut supaya

menyelesaikan semua tunggakan pendahuluan. Sungguhpun tindakan awal telah

diambil oleh Pengerusi Jawatankuasa Audit, namun setiap tindakan tersebut tidak

didokumenkan. Tindakan untuk menamatkan perkhidmatan kad kredit tersebut

hanya diambil pada 24 Februari 2011 iaitu mengambil masa selama 17 bulan.

Mesyuarat Jawatankuasa Lantikan, Sumber Manusia dan

Ganjaran UDA yang bermesyuarat pada 26 Julai 2012 telah

bersetuju untuk memperkemaskan polisi penggunaan kad kredit

korporat UDA sedia ada. Antara keputusan yang diambil adalah

seperti berikut:

- Had kelayakan diturunkan dari RM30,000 seorang

kepada RM10,000 seorang sebulan. Had bagi

Pengarah Urusan diturunkan dari RM60,000 kepada

RM30,000 sebulan.

- Hanya pegawai yang berjawatan Naib Presiden Kanan

diberikan kemudahan di atas.

- Kelulusan untuk penggunaan kad bagi Pengarah

Urusan oleh Pengerusi dan kelulusan untuk

penggunaan kad bagi Naib Presiden Kanan oleh

Pengarah Urusan.

- Syarat-syarat penggunaan kad diperketatkan dan

laporan bagi penggunaan kad juga diperkemaskan.

Tuntutan mahkamah telah dibuat terhadap mantan Pengarah

Urusan, Dato’ Jaafar Abu Hassan (DJAH) di Mahkamah Tinggi

Kuala Lumpur pada 10 Mei 2012 bagi menuntut tunggakan

sebanyak RM872,739.82 (termasuk pendahuluan tunai

sebanyak RM80,000 yang beliau ambil dari UDA Mall Sdn Bhd).

558

558

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!