02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

67.5.2.1.b.ii

Projek Anggun Di Jalan Sultan Ismail

Semakan Audit mendapati tanah dijual pada harga RM215.50 juta adalah bertujuan

untuk memantapkan lagi kedudukan kewangan UHB. Bagaimanapun penjualan

tanah tersebut tidak mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan dan

deposit yang diterima sejumlah RM21 juta itu dikembalikan kepada pihak yang telah

bersetuju untuk membeli. Oleh kerana tiada perancangan sumber kewangan yang

teliti bagi membiayai projek tersebut menyebabkan berlaku pembaziran masa,

tenaga dan kewangan; jangkaan pendapatan yang disasarkan tidak tercapai dan

matlamat asal pembangunan projek juga belum tercapai.

Berdasarkan maklum balas UHB, Fasa 1 dengan anggaran modal berjumlah RM20

juta sekarang diteruskan seperti proses re-submission Development Order dan

Pelan Pembangunan (2nd Quarter 2012); proses penyiapan tender untuk

pembinaan superstruktur (3rd Quarter 2012); pelantikan kontraktor (4th Quarter

2012); pembinaan (27 bulan); penambahbaikan unit contoh (3rd Quarter 2012) dan

pelancaran jualan (4th Quarter 2012).

Pada pendapat Audit, perancangan yang disediakan oleh UHB perlu mengambil

kira keupayaan atau mekanisme lain untuk mendapatkan sumber kewangan yang

ada bagi mencapai matlamat asal pembangunan projek.

Bagi memastikan pembaziran masa, tenaga dan kewangan pada

masa hadapan, pihak UDA akan menambah baik proses dalam

menentukan sama ada sesuatu aset tanah itu akan dilupuskan

secara terus atau dibangunkan. Bagi projek Anggun di Jalan

Sultan Ismail, UDA telah memutuskan untuk meneruskan projek

ini. UDA masih menunggu keputusan DBKL terhadap

permohonan DO yang telah dikemukakan kepada mereka pada

22 Mei 2012. Pelan pembangunan akan dikemukakan untuk

kelulusan sebaik sahaja kelulusan DO diperolehi. Pelancaran

projek dijangkakan pada Q12013 dan penjualan projek

dijadualkan pada Q32013.

Keperluan aliran tunai bagi melaksana projek ini adalah

dianggarkan berjumlah RM60 juta. Pembiayaan pembangunan

adalah melalui ‘bridging loan’ atau sebarang pembiayaan

kewangan yang bersesuaian. Pihak UDA sedang dalam

perbincangan dengan pihak bank untuk pakej pembiayaan yang

bersesuaian.

67.5.2.2.d.i

Bahagian UDA Land

Semakan Audit mendapati bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011 sejumlah RM96

juta telah diterima oleh UHB daripada perkongsian keuntungan tersebut manakala

RM30 juta belum diterima. Semakan Audit selanjutnya mendapati pemberian

perkongsian keuntungan ini hanya diberi setelah sesuatu projek tersebut siap. Ini

adalah bercanggah dengan syarat perjanjian. Semakan Audit selanjutnya

mendapati tiada syarat dalam perjanjian yang menyatakan penalti dikenakan

terhadap subsidiarinya jika perkongsian keuntungan tersebut tidak diagihkan

kepada UHB.

Pengurusan telah membuat keputusan untuk meminda terma

tersebut. Kertas kerja bagi tujuan itu akan dibentangkan kepada

Jawatankuasa Pengurusan Kumpulan UDA pada bulan Ogos

2012 untuk perbincangan dan kelulusan kepada Lembaga

Pengarah pada 13 September 2012.

Menurut maklum balas yang diterima, UHB mengambil maklum mengenai

pembayaran perkongsian keuntungan yang tidak selaras dengan syarat perjanjian

dan sedang mengkaji mengenai kemungkinan mengenakan penalti terhadap

subsidiari yang lewat atau tidak mengagihkan keuntungan kepada UHB. Kelulusan

Lembaga Pengarah bagi perkara ini disasarkan pada bulan Jun 2012.

Pada pendapat Audit, UHB sewajarnya mengkaji semula perjanjian Pengurusan

Projek tersebut bersesuaian dengan keadaan sebenarnya.

555

555

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!