02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN II

PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN

Perenggan 67 : Pengurusan UDA Holdings Berhad

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

67.5.2.1.b.i

Bahagian UDA Urban - Projek Sinaran Taman Tun Dr. Ismail Dan Gaya

Bangsar

Semakan Audit mendapati kedua-dua projek pembinaan pangsapuri perkhidmatan

di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dan di Bangsar lewat diserahkan kepada pembeli.

Tempoh kelewatan penyerahan bagi projek Sinaran TTDI adalah 18 hingga 691 hari

yang melibatkan denda lewat serah sejumlah RM15.30 juta kepada 240 pembeli.

Antara punca kelewatan adalah berlaku kelewatan dalam melantik kontraktor

superstruktur selepas binaan substruktur siap. Ini disebabkan proses pelawaan

tender superstruktur yang dibuat berulang kali apabila tidak mendapat persetujuan

Lembaga Pengarah. Berdasarkan maklum balas UHB, perkara ini berlaku kerana

kelewatan pihak pengurusan pada ketika itu membuat keputusan pelantikan

kontraktor pengganti.

Pada pendapat Audit, Lembaga Pengarah perlu memastikan pengurusan UHB

mematuhi proses dan prosedur tender yang telah ditetapkan bagi mengelakkan

perkara yang sama daripada berlaku lagi.

Bagi mempercepatkan keputusan pemilihan kontraktor,

Lembaga Pengarah UDA pada 19 Julai 2012 telah meluluskan

cadangan melaksana proses pra-kelayakan kontraktor

sepertimana berikut:-

1. Pra-kelayakan kontraktor untuk projek pembangunan UDA

melebihi RM10 juta.

2. Mengkelaskan kontraktor yang layak berdasarkan

pengalaman, kerja dan pengkhususan tertentu.

3. Mewujudkan senarai kontraktor yang telah melepasi pra

kelayakan.

4. Proses tender dibuat dengan cara tender terhad iaitu

sekurang-kurangnya 5 kontraktor terpilih daripada senarai

pra-kelayakan kontraktor.

5. Prestasi kontraktor yang telah melepasi pra kelayakan akan

dinilai setiap tahun berdasarkan kerja-kerja yang lepas.

6. Senarai pra-kelayakan kontraktor akan dibentangkan dan

diluluskan oleh Lembaga Tender.

Dengan pelaksanaan kaedah tender yang baru ini akan dapat

mengelakkan perkara seperti Projek Taman Tun Dr Ismail dan

Gaya Bangsar berulang. Bagi memastikan pemilihan kontraktor

yang berwibawa, UDA akan memastikan kriteria pemilihan

kontraktor diwujudkan.

UDA akan mengiklankan di dalam dua suratkhabar utama

(Berita Harian dan Utusan Malaysia) pada 10 dan 11 September

2012, bagi mempelawa para kontraktor untuk proses tapisan

pra-kelayakan. Pelawaan akan dibuka selama 2 minggu.

554

554

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!