02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Jawatankuasa Pemantauan Audit di Prasarana akan

memastikan semua langkah-langkah yang diambil oleh RapidKL

akan dilaksanakan dengan sepenuhnya.

66.5.2.8.a

66.5.2.8.b

66.5.3.1.b

Pengurusan Kakitangan Perkhidmatan Bas

Semakan Audit mendapati nisbah pemandu bagi setiap bas berdasarkan kiraan

jumlah pemandu bas mengikut bilangan bas yang disasarkan bagi tahun 2009,

2010 dan 2011 adalah pada nisbah 2.24, 2.11 dan 1.73. Ini menunjukkan pada

tahun 2010 dan 2011, jumlah pemandu belum mencapai mencapai standard

operasi bas yang ditetapkan.

Semakan Audit terhadap pengurusan pemandu di Depot Bas Cheras mendapati

jumlah sebenar pemandu yang boleh menjalankan tugas pemanduan adalah

rendah iaitu 60.9% (170/279) pada 1 Jun 2011.

Berdasarkan maklum balas, RapidKL telah menjalankan langkah-langkah bagi

mengatasi masalah kekurangan pemandu seperti menjalankan walk in interview di

setiap depot setiap hari, tempat-tempat yang menarik seperti di pasar raya membeli

belah pada dua kali sebulan. Selain itu, program ini juga dirancang di seluruh

Semenanjung Malaysia termasuk di pinggir-pinggir bandar seperti rancangan

FELDA dan penempatan perumahan rakyat.

Pada pendapat Audit, kehadiran pemandu sebagaimana yang telah dijadualkan

adalah penting bagi memastikan kelancaran pergerakan perkhidmatan bas.

RapidKL perlu menjalankan kajian menyeluruh untuk mengetahui sebab-sebab

sebenar nisbah yang disasarkan tidak dapat dicapai dan seterusnya merangka

pelan tindakan bagi mengatasinya. Di samping itu juga RapidKL perlu mengadakan

latihan serta bimbingan yang berterusan bagi meningkatkan tahap disiplin serta

integriti pemandu.

Kawal Pengurusan/Tadbir Urus Korporat - Pemantauan KPI bagi SLA

Semakan Audit mendapati tiada mekanisme pemantauan diwujudkan oleh syarikat

di mana pencapaian KPI perjanjian tidak dilaporkan kepada Lembaga Pengarah

untuk dibincang dan dinilai. Perkara ini berlaku kerana tiada pegawai yang diberi

tanggungjawab bagi memantau prestasi tersebut.

Berdasarkan maklum balas, pemantauan telah dibuat melalui Employee Satisfaction

Survey pada bulan November 2011.

Pada pendapat Audit, pemantauan prestasi KPI perjanjian ini adalah amat penting

bagi menilai perkhidmatan yang diberikan supaya mencapai standard yang

dijanjikan di samping setimpal dengan bayaran yuran perkhidmatan. Kegagalan

551

551

Tindakan penambahbaikan telah dilaksanakan secara

berterusan. RapidKL akan sentiasa berusaha untuk memastikan

bilangan pemandu yang mencukupi untuk menjalankan operasi

bas.

Setakat 31 Julai 2012, sejumlah 409 pemandu baru telah

berjaya di ambil berkerja di RapidKL. Jumlah pemandu pada

hari ini adalah sejumlah 1875 orang.

Dalam tempoh itu, cuma 1.12% (21 pemandu) masih didalam

pegangan syarikat yang dikategorikan sebagai menjalankan

tugas-tugas ringan (light duty) dan cuti sakit berpanjangan.

Jawatankuasa Pemantauan Audit di Prasarana akan

memastikan semua langkah-langkah yang diambil oleh RapidKL

akan dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Sistem prestasi kakitangan yang dikaitkan dengan KPI Korporat

telah dilaksanakan bermula dari tahun 2011, termasuk rail and

bus division iaitu di bawah RapidKL.

Penambahbaikan sistem prestasi kakitangan dalam peringkat

terakhir dijangka siap pada 31 Disember 2012 untuk digunapakai

bagi menilai prestasi pencapaian KPI kakitangan bermula tahun

2013.

Kajiselidik melalui ‘Employee Satisfaction Survey’ akan

diteruskan lagi pada bulan Disember 2012.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!