02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

66.5.2.5.b

Peningkatan Stok

66.5.2.5.c

66.5.2.5.d

66.5.2.6.b

Analisis Audit mendapati nilai stok bagi tren Kelana Jaya telah meningkat sejumlah

RM33.13 juta atau 80.9% daripada baki berjumlah RM40.97 juta pada akhir tahun

2009 kepada RM74.10 juta pada akhir tahun 2011. Bagi tren Ampang, nilai stok

berjumlah RM35.74 juta pada akhir tahun 2009 telah meningkat kepada RM50 juta

pada akhir tahun 2011. Manakala nilai stok bas pada akhir tahun 2009 yang

berjumlah RM22.14 juta juga telah meningkat kepada RM27.44 juta pada akhir

tahun 2011. Nilai stok tren dan bas pada 31 Disember tahun 2009, 2010 dan 2011.

Analisis Audit selanjutnya mendapati pada 3 Disember 2011, sebanyak 73% dan

88% stok dikategorikan sebagai perlahan dan tidak bergerak bagi stok KLJ dan

AMG.

Semakan Audit mendapati jadual penyenggaraan tren ada disediakan dan

penyenggaraan berkala dilakukan mengikut jadual. Bagaimanapun, penyenggaraan

berkos tinggi (seperti overhaul) dan beberapa kerja penyenggaraan tidak mengikut

jadual. Perkara ini berlaku disebabkan perubahan rancangan penyenggaraan

berikutan pihak RapidKL akan membuat major refurbishment pada tahun 2013.

Berdasarkan maklum balas, kerja-kerja rombak rawat bagi KLJ telah digabungkan

dengan program pembaikpulihan yang akan dilaksanakan pada suku keempat

tahun 2012 hingga 2014. Bagi AMP pula, pada tahun 2010, terdapat penstrukturan

subsistem tren dan menyebabkan pertambahan alat ganti yang didaftarkan di dalam

stor.

Pada pendapat Audit, pembelian stok penyenggaraan hendaklah selari dengan

jadual penyenggaraan yang dirancang bagi sesuatu tahun. Dengan mengambil kira

kos yang bakal ditanggung seperti sewa stor, pertambahan jumlah staf dalam

pengurusan stor, pembelian stok hendaklah dirancang agar memenuhi keperluan

penyenggaraan bagi sesuatu masa.

Bilangan Bas Sedia Guna

Analisis Audit mendapati bagi 4 model bas, bilangan bas sedia guna hanya

mencapai kurang 50% daripada keseluruhan bas sebenar pada 30 Jun 2011. Model

bas yang terlibat adalah Dong Feng 120 (41.7%), Dong Feng 75 (37.3%), Iveco

(46.4%) dan King Long Suzhou (47.9%). Antara faktor yang mempengaruhi

bilangan bas sedia guna berkurangan dalam sesuatu masa adalah kerana

keperluan bas untuk disenggarakan mengikut jadual, senggara kerana pembaikan

dan juga pemeriksaan Puspakom. Selain itu, statistik bas return to depot bagi 4

model bas tersebut di atas pada akhir tahun 2009, 2010 dan 30 Jun 2011

menunjukkan kadar RTD adalah antara yang tertinggi.

549

549

Kelewatan dalam kerja-kerja overhaul tren 2-gerabak Laluan

Kelana Jaya adalah disebabkan kerumitan di dalam

pembahagian skop kerja di dalam projek membaikpulih tren

yang melibatkan syarikat pengeluar tren, Bombardier-Hartasuma

dan juga Rapidkl sendiri. Kesemua kerumitan ini telah di atasi

dan kerja-kerja overhaul akan dimulakan pada September 2012

dan di jangka siap pada akhir 2014.

Kerja-kerja overhaul tren ini akan menggunapakai stok alat ganti

yang sedia ada. Alat ganti ini akan dikeluarkan secara

berperingkat mulai September ini sehingga akhir tahun 2014.

Kira-kira 80% alat ganti di dalam gudang akan digunakan di

dalam projek ini.

Bagi Laluan Ampang pula nilai stok yang tinggi akan semakin

susut sementara menunggu aktiviti refurbishment (dijadualkan

pada 2013) dengan aktiviti-aktiviti berikut pada tahun 2012:

1. Membaikpulih kerosakan tren kemalangan yang telah

berlaku pada 2008.

2. Aktiviti penyenggaraan sementara kerja-kerja

refurbishment bermula. Ini termasuk penyenggaran pada

3. pneumatic system overhaul, door maintenance, current

collector, trailer bogie bearing and bearing housing,

traction propulsion dan hydraulic system.

4. Penyenggaraan pada Signalling System dengan

melibatkan penggunaan banyak stok untuk peralatan

Signaling.

RapidKL akan sentiasa berusaha untuk memastikan bilangan

bas sedia guna mencapai sasaran yang ditetapkan.

Setakat 31 Julai 2012, jumlah bas boleh beroperasi RapidKL

berjumlah 1,307 bas. Ini adalah 86% daripada jumlah pegangan

semasa bas (1,518). Pada tarikh yang sama 86 buah bas sahaja

masih dikategorikan sebagai “Major Repair”.

Jawatankuasa Pemantauan Audit di Prasarana akan

memastikan semua langkah-langkah yang diambil oleh RapidKL

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!