02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

serta projek-projek peningkatan stesen untuk meningkatkan keselesaan

penumpang di laluan Ampang dengan menambahkan fasiliti seperti kemudahan

OKU, lif, eskalator, surau dan tandas. Operasi kawasan berbayar integrasi di antara

laluan di stesen Hang Tuah, stesen Masjid Jamek dan stesen Titiwangsa akan

menggalakkan pengguna menggunakan tren antara laluan-laluan tren yang

berlainan. Projek-projek peningkatan sistem seperti sistem tiket baru yang telah

beroperasi sejak bulan November 2011 dan membaik-pulih (refurbishment) tren-tren

di Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya untuk servis yang lebih baik.

Permohonan juga telah dikemukakan kepada TNB untuk mengurangkan tarif

elektrik bagi operasi pengangkutan awam rel melalui SPAD. RapidKL sedang

menjalankan kerja pemasangan sistem lampu LED bagi menjimatkan penggunaan

elektrik.

Bagi perkhidmatan bas pula, pada masa ini, hanya lebih kurang 10% dari laluan

yang dijalankan oleh RapidKL adalah laluan yang menguntungkan. RapidKL,

sebagai agensi di bawah MKD masih perlu beroperasi di laluan-laluan yang tidak

menguntungkan ini (sebagai “single operator”) bagi menyokong inisiatif GTP-UPT

Kerajaan.

Pada pendapat Audit, inisiatif yang dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan

dan menambah penumpang adalah baik, namun RapidKL hendaklah juga berusaha

menurunkan kos operasinya. Selain itu, anggaran perbelanjaan di mana perlu

hendaklah mengambil kira faktor semasa seperti kenaikan harga diesel dan tarif

elektrik sebelum menetapkan anggaran perbelanjaan.

66.5.2.3.a.i

Pengurusan Kutipan Tambang

Semakan Audit mendapati perbezaan rekod kutipan tunai bagi perkhidmatan tren

dan bas untuk tahun 2009, 2010 dan 2011.

Tindakan penambahbaikan telah dilaksanakan.

66.5.2.3.a.ii

Bagi perkhidmatan tren, pihak Audit mendapati berlaku perbezaan rekod kutipan

antara laporan kutipan hasil Bahagian Operasi (CCR) dan laporan deposit wang ke

bank (CMS) oleh syarikat keselamatan yang dilantik. Pada tahun 2009, 2010 dan

2011, perbezaan yang dicatatkan masing-masingnya berjumlah RM112,500,

RM102,939 dan RM85,548. Ini adalah disebabkan juruwang mengeluarkan tiket

perjalanan tanpa merekodkan bayaran tunai dengan tepat. Kesannya tunai yang

diterima oleh juruwang berbeza daripada nilai kadar sebenar perjalanan. Bagi aliran

AMG, adalah didapati perbezaan jumlah kutipan adalah lebih tinggi berbanding

aliran KLJ. Pemerhatian selanjutnya mendapati TVM tidak disediakan di AMG. Ini

mengakibatkan urusan pembelian tertumpu di Mesin Perkhidmatan Penumpang

(PSM) sahaja dan mendedahkan kepada risiko perbezaan kutipan tambang tunai.

Selanjutnya, pengiraan wang di AMG dilakukan secara berkumpulan (batch)

menyebabkan jika terdapat sebarang perbezaan kutipan tunai, adalah sukar bagi

memastikan juruwang yang perlu dipertanggungjawabkan.

547

547

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!