02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

a. ECER: Di bawah RP1 RMK-10 projek yang dirancang tidak dilaksanakan atas

sebab tapak tidak sesuai bagi projek Pelancongan Persisiran Pantai Kuala

Pahang dan Pelancongan Persisiran Pantai Sepat, Kuantan.

b. SDC: Di bawah RP1 RMKe10, tiada pelaksanaan bagi projek yang dirancang

adalah disebabkan oleh arahan EPU agar pelaksanaan projek ditangguhkan ke

tahun 2012 (RP2) serta menggunakan peruntukan RP1 bagi membiayai projek

sambungan dalam RMKe-9.

Pada pendapat Audit, pencapaian prestasi pelaksanaan projek pelancongan di

Wilayah Ekonomi Koridor berbanding perancangan dan strategi yang ditetapkan

adalah memuaskan. Bagaimanapun, pelaksanaan untuk menyiapkan projek belum

disiapkan hendaklah dipertingkatkan.

4.5.1.2.a

Pelaksanaan Projek Pelancongan - Projek Pembiakan Badak Sumbu Borneo

Sumatera

Pelaksanaan Projek Pembiakan Badak Sumbu Borneo Sumatera di bawah

peruntukan Pihak Berkuasa Koridor Pembangunan Sabah ini terbahagi kepada 2

iaitu Pakej A dan B. Pakej A, adalah pembinaan jalan gravel sepanjang 1.2km yang

bernilai RM939, 442.50 yang akan menghubungkan Pusat Perlindungan Hidupan

Liar Tabin dan jalan utama dengan pusat pembiakan badak dalam Pakej B.

Manakala Pakej B pula adalah pembinaan night stall, 5 unit kawasan paddock, 2

unit breathing area, pagar elektrik, rumah kakitangan, tangki air dan generator.

i. Lawatan Audit pada 21 Disember 2011 mendapati jalan gravel hanya siap 67%.

Berdasarkan perancangan asal, ianya perlu disiapkan pada 21 Januari 2011.

Menurut pihak kontraktor, kelewatan berlaku disebabkan masalah hujan dan

pembinaan longkang yang tidak mengikut spesifikasi. Sebanyak 3 pelanjutan

masa telah dipohon, bagaimanapun hanya lanjutan masa yang pertama dan

kedua yang diluluskan iaitu selama 177 hari dan 75 hari. Permohonan untuk

lanjutan masa yang ketiga bagi tempoh 28 hari masih belum mendapat

kelulusan setakat tarikh Audit. Sehingga 20 September 2011 sejumlah

RM490,526 daripada kos kontrak berjumlah RM939,442.50 telah dibayar kepada

kontraktor.

Sehingga Julai 2012 kemajuan Pakej A masih lagi 75.1%. Pihak

kontraktor telah dikenakan LAD sebanyak RM500/hari sejak

27 April 2012. Mesyuarat tapak pada 27 Jun 2012 memutuskan

supaya kontraktor berkenaan ditamatkan dan dijangka akan

ditamatkan pada 27 Ogos 2012. Walau bagaimanapun, sebelum

ditamatkan pihak kontraktor dikehendaki untuk melakukan

ujian kekuatan terhadap "box culvert" mengguna "nondestructive

test". Pihak agensi pelaksana, iaitu Jabatan Hidupan

Liar Sabah masih menunggu analisa penuh ujian daripada juru

perunding.

Pakej B pula akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri

bermula Januari 2013.

ii. Semakan lanjut terhadap status perlaksanaan projek di bawah pakej B pula

mendapati, kerja masih belum dimulakan kerana tiada peruntukan. Pembinaan

jalan gravel sepanjang 1.2km tidak dapat berperanan untuk menghubungkan

Pusat Perlindungan Hidupan Liar Tabin ke pusat pembiakan badak kerana pusat

pembiakan di pakej B yang masih belum dibina.

Mengikut maklum balas UKAS, sehingga 30 April 2012 kemajuan kerja Pakej A

adalah sebanyak 75.1% dan dijangka siap pada awal bulan Jun 2012. Manakala

43

43

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!