02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

66.5.2.1.b

Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama

Sebanyak 3 objektif strategik yang melibatkan 10 kriteria KPI telah ditetapkan

sebagai pengukuran prestasi. Bagi tahun 2009, sebanyak 3 kriteria melibatkan

kewangan, pelanggan perkhidmatan bas dan proses dalaman tidak mencapai KPI

yang disasarkan. Bagaimanapun, sejumlah 5 kriteria yang lain telah mencapai KPI

manakala baki 2 lagi tidak berkaitan. Sementara itu bagi tahun 2010, sebanyak 3

kriteria utama berkaitan dengan perkhidmatan tren dan bas berserta 2 kriteria yang

lain telah mencapai sasaran KPI. Bagi tahun 2011, sebanyak 6 kriteria telah

ditetapkan sebagai sasaran KPI. Bagaimanapun hanya satu kriteria yang dapat

dicapai manakala 5 kriteria lagi tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Untuk tempoh dari Jan – Jun 2012, RapidKL telah mencapai

sasaran yang ditetapkan dalam KPI 2012 seperti dibawah:-

Kenaikan EBITDA

Kenaikan Nisbah Fare Box

Kenaikan “Daily Rideship”

Kenaikan “Operational Reliability”

Pada pendapat Audit, pihak pengurusan RapidKL perlu menilai semula faktor yang

menyebabkan KPI bagi setiap objektif strategiknya tidak dapat dicapai. Pelan

tindakan perlu dirangka bagi meningkatkan pencapaian prestasi setiap KPI.

66.5.2.2.b.i

66.5.2.2.b.ii

Pencapaian Sasaran Pendapatan dan Perbelanjaan - Perkhidmatan Bas

Jumlah pendapatan daripada operasi bas RapidKL bagi tahun 2009 adalah

memuaskan kerana mencapai anggaran hasil di mana peratus pencapaian

keseluruhan antara pendapatan sebenar berbanding dengan anggaran hasil adalah

pada kadar 102.6%. Kutipan tambang bas serta pendapatan pengiklanan dan lainlain

hasil mencapai anggaran yang ditetapkan di mana peratus pencapaian masingmasing

adalah 102.5% dan 113.3%. Pada tahun 2010, jumlah pendapatan

keseluruhan hanya mencapai 84.8% daripada anggaran yang ditetapkan walaupun

kutipan sistem bersepadu serta pendapatan pengiklanan dan lain-lain hasil

mencapai anggaran iaitu masing-masingnya pada kadar 133.7% dan 113.7%. Ini

kerana kutipan tambang hanya mencapai 83% berbanding anggaran. Pada tahun

2011, secara keseluruhan pendapatan dari operasi adalah lebih rendah iaitu hanya

64.3% berbanding dengan anggaran dan kesemua jenis hasil tidak mencapai

anggaran.

Bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, adalah didapati belanja operasi bas

meningkat bagi ketiga-tiga kos operasi utama iaitu kos operasi dan penyenggaraan,

tenaga kerja dan minyak. Ini disebabkan kekerapan bas pulang ke depoh

meningkat dari setahun ke setahun akibat kerosakan, penambahan pemandu akibat

pembelian bas baru pada tahun 2011 dan peningkatan harga minyak pada tahun

2010 dan 2011.

Berdasarkan maklum balas, RapidKL menjangkakan pendapatan tren akan

meningkat dengan inisiatif seperti pengkajian semula tambang kerana tambang tren

tidak mengalami kenaikan sejak tahun 2002. Sebuah jawatankuasa dalaman telah

ditubuhkan dan perbincangan sedang dijalankan dengan pihak SPAD. Peningkatan

pendapatan dijangka dengan adanya tren 4 gerabak baru yang sedang beroperasi

546

546

RapidKL akan sentiasa berusaha untuk memastikan semua

inisiatif-inisiatif yang diambil untuk meningkatkan pendapatan

dan mengurangkan kos operasi berjalan dengan lancar untuk

membaiki kedudukan kewangan syarikat.

Disamping itu juga, langkah-langkah telah diampil bagi

memantapkan lagi operasi bas bagi memastikan jumlah bas di

setiap laluan operasi RapidKL sentiasa berada pada tahap yang

optima. Bagi tujuan ini, jumlah bas yang boleh beroperasi

berbanding dengan jumlah pegangan bas (Bus Availibility) telah

ditetapkan pada tahap 85% pada tahun 2012. Adalah di

maklumkan tahap 85% ini telah di capai pada Jun 2012. Selain

itu, RapidKL juga di dalam usaha meningkatkan jumlah

pemandu syarikat dengan kempen yang agresif di dalam dan

luar Lembah Kelang.

Jawatankuasa Pemantauan Audit di Prasarana akan

memastikan semua langkah-langkah yang diambil oleh RapidKL

akan dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!