02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

pada tahun 2015

Inisiatif 3 – Jangka siap pada 31 Disember 2012

Inisiatif 4 - Telah dilaksanakan

66.5.1.2 Analisis Nisbah

Bagi menilai prestasi kewangan RapidKL, analisis nisbah semasa, margin

keuntungan bersih, nisbah pulangan ke atas aset dan nisbah pulangan ke atas

ekuiti telah dijalankan berdasarkan butiran yang ditunjukkan pada lembaran

imbangan serta penyata pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi bagi tahun

kewangan 2008, 2009 dan 2010.

Berdasarkan maklum balas, paras stok meningkat dalam tahun kewangan kerana

semua komponen yang diperlukan untuk overhaul perlu dibeli lebih awal kerana

jangka masa panjang (antara 6 hingga 12 bulan) diperlukan untuk pembuatan,

fabrikasi dan penghantaran oleh pihak luar negara. Aktiviti overhaul hanya dapat

dimulakan apabila semua jenis komponen yang diperlukan telah sampai. Oleh

kerana komponen dibekalkan secara berperingkat, komponen yang telah sampai

disimpan di stor sehingga ianya digunakan untuk overhaul. Oleh itu paras semasa

stok menjadi tinggi sebelum aktiviti overhaul dapat dijalankan.

Berkenaan dengan paras stok untuk overhaul, kerja-kerja

overhaul dan membaik pulih tren 2-gerabak akan dimulakan

pada bulan September 2012 dan dijangka siap sepenuhnya

pada bulan Disember 2014. Pada masa yang sama, pengeluar

tren ini, syarikat Bombardier-Hartasuma akan menjalankan

kerja-kerja modifikasi dan membaikpulih keatas tren ini.

Keseluruhan program ini akan menggunakan stok yang sedia

ada di gudang (warehouse).

Bermula dari tahun 2015 dan seterusnya, paras stok akan

kembali berada paras normal.

Pada pendapat Audit, RapidKL perlu berusaha bagi memastikan syarikat tidak

mengalami kerugian yang berterusan yang memberi kesan kepada pulangan ke

atas pelaburan aset dan juga modal.

66.5.1.3.b

66.5.1.3.c

Aliran Tunai

Analisis terhadap Penyata Aliran Tunai mendapati RapidKL telah mengalami defisit

aliran tunai daripada aktiviti operasi berjumlah RM28.99 juta bagi tahun 2008,

RM45.53 juta bagi tahun 2009 dan RM2.46 juta bagi tahun 2010. Bagaimanapun

pada tahun 2010, defisit aliran tunai daripada aktiviti operasi bertambah baik

berbanding tahun sebelumnya disebabkan RapidKL telah memperoleh pendapatan

berjumlah RM373.90 juta berbanding RM280.12 juta pada tahun 2009.

Bagi aliran tunai aktiviti pembiayaan, berlaku peningkatan ketara sejumlah RM72.36

juta pada tahun 2009 disebabkan RapidKL menerima peruntukan daripada

Kerajaan di bawah PRE.

Pada pendapat Audit, RapidKL tidak menjana keuntungan operasi kerana

pendapatan yang diperolehi pada tahun 2008 hingga 2010 tidak dapat menampung

kos operasi.

RapidKL akan sentiasa berusaha untuk memastikan semua

inisiatif-inisiatif yang diambil untuk meningkatkan pendapatan

dan mengurangkan kos operasi berjalan dengan lancar untuk

membaiki kedudukan kewangan syarikat.

Jawatankuasa Pemantauan Audit di Prasarana akan

memastikan semua langkah-langkah yang diambil oleh RapidKL

akan dilaksanakan dengan sepenuhnya.

545

545

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!