02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

satu penetapan telah dibuat di mana kontraktor yang dilantik perlu

menyediakan satu senarai penuh mengenai status aset berkenaan.

PAAB juga akan menjalankan pemantauan untuk memastikan

keberkesanan pelabelan aset.

September 2012.

Pada pendapat Audit, tindakan PAAB untuk membangunkan TAMS

adalah baik tetapi PAAB dan pegawai yang bertanggungjawab

hendaklah memastikan aset dilabel dengan sempurna sebelum bayaran

dibuat.

65.5.2.2.b

Penyenggaraan Aset Yang Diambil Alih

i. Semakan Audit terhadap 12 sampel aset air di SAMB mendapati

rekod penyenggaraan yang diselenggarakan tidak kemas kini dan

pihak Audit tidak dapat mengesahkan sejauh mana penyenggaraan

telah dilaksanakan. Tarikh terakhir yang direkodkan adalah antara

tahun 2002 hingga 2008. Bagaimanapun SAJH telah menjalankan

penyenggaraan mengikut jadual dan menyelenggarakan rekod

dengan kemas kini.

Polisi Jadual Penyerahan Kerja-kerja Penyelenggaraan akan

dibentangkan untuk kelulusan Lembaga Pengarah PAAB selewatlewatnya

pada September 2012. Polisi jadual penyerahan kerja-kerja

penyelenggaraan akan dibangunkan serentak dengan Sistem

Maklumat Pengurusan Aset (AMIS).

ii.

Semakan Audit juga mendapati Jadual Penyenggaraan Tahunan

dan Laporan Penyenggaraan tidak dikemukakan oleh operator air

(SAMB dan SAJH) kepada PAAB.

Berdasarkan maklum balas daripada PAAB, pihaknya telah meminta dan

menerima jadual penyenggaraan dari SAJH, SAINS dan SAMB. PAAB

juga telah meminta SAMB untuk menghasilkan sejarah rekod

penyenggaraan ke atas aset yang bermula dari tarikh penghijrahan pada

tahun 2008 dan memastikan rekod dikemas kini. PAAB juga akan

memastikan semua Pemegang Lesen Perkhidmatan mematuhi

perjanjian fasiliti untuk menjalankan penyenggaraan yang betul dan

PAAB akan memeriksa rekod penyenggaraan berdasarkan jadual yang

dikemukakan setiap 6 bulan. Polisi jadual penyerahan kerja-kerja

penyenggaraan akan dibangunkan serentak dengan TAMS. Polisi jadual

kerja penyenggaraan juga akan dibentangkan kepada Lembaga

Pengarah PAAB untuk kelulusan.

Pada pendapat Audit, PAAB perlu mempertingkatkan mekanisme

pemantauan secara berterusan terhadap operator air supaya rekod

penyenggaraan sentiasa kemas kini, mengemukakan jadual

penyenggaraan dan menjalankan penyenggaraan seperti yang

dijadualkan bagi memastikan aset air sentiasa dalam keadaan baik.

540

540

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!